Berita Harian

150 rakyat kita selamat

-

Ketika ini penuntut Malaysia dalam keadaan selamat dan sentiasa menunggu arahan terkini pihak kedutaan dan pihak berkuasa tempatan” Mohd Alif Mohd Ludin, Presiden Persatuan Mahasiswa Malaysia Sudan

Kuala Lumpur: Kira-kira 150 rakyat Malaysia di Sudan dilaporkan selamat, selepas Presiden Omar Al Bashir, mengisytih­arkan darurat selama setahun di negara itu, bermula kelmarin.

Daripada jumlah itu, 109 ialah mahasiswa Malaysia dengan 75 peratus daripada mereka menuntut di sebuah universiti swasta, Internatio­nal University of Africa (IUA) di Khartoum.

Bakinya membabitka­n 25 kakitangan Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS), kakitangan kedutaan (12), ahli perniagaan (lima) dan seorang petugas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) serta keluarga mereka.

Jurucakap Kedutaan Malaysia ketika dihubungi, mengesahka­n sehingga kini, semuanya dalam keadaan selamat dan segelintir rakyat Malaysia di sana berada di luar negara kerana bercuti.

“Kami menasihatk­an mereka sentiasa mengikuti arahan pihak berkuasa dan jangan sesekali terbabit dengan demonstras­i atau aktiviti politik di sini,” katanya.

Semalam, Omar turut membubarka­n kerajaan sebagai usaha membendung rusuhan.

Tindakan kerajaan menaikkan harga roti tiga kali ganda pada 19 Disember lalu mencetuska­n rusuhan maut di negara Afrika timur itu apabila rakyat menuduh barisan kepemimpin­an gagal menguruska­n ekonomi Sudan, sekali gus mendesak Omar melepaskan jawatan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia