Berita Harian

Ariana Grande pecah rekod The Beatles

Pecah rekod lebih 50 tahun dipegang The Beatles

-

Puteri pop Ariana Grande mencatat sejarah dalam tempoh lebih 50 tahun apabila mengunggul­i tiga tempat teratas dalam carta single Amerika Syarikat (AS), kata penjejak industri Billboard baru-baru ini.

Bintang berusia 25 tahun itu adalah individu kedua dalam sejarah carta enam dekad Billboard Hot 100 untuk mencatat kejayaan itu selepas The Beatles pada 1964.

Lagu Grande, dan menguasai carta teratas selepas debut album kelimanya untuk album tertinggi Billboard.

The Beatles mengunggul­i tempat sama pada April 1964 dengan lagu dan Carta semua genre itu menggabung­kan penstriman, siaran radio dan data jualan digital di AS untuk memperoleh tangga teratas.

Grande juga memecahkan rekod untuk hit 40 teratas oleh seorang artis wanita secara serentak dengan 11 trek, mengalahka­n rekod sebelum ini dipegang Cardi B sebanyak sembilan trek.

Artis Wanita Sepanjang Tahun

Bintang pop itu menyaksika­n kejayaanny­a sejak 12 bulan lalu, apabila Billboard menamakan beliau sebagai Artis Wanita Sepanjang Tahun 2018.

Bulan ini beliau memperoleh Anugerah Grammy pertama Album Vokal Pop Terbaik untuk Sweetener, dalam persaingan sukar termasuk mengalahka­n calon kegemaran ramai, Taylor Swift.

Grande tidak hadir dalam acara gala di tengah pertengkar­an dengan produser rancangan itu, namun media sosial mendapat perhatian sepanjang malam dengan tulisan tanpa henti, termasuk gaun satin Zac Posen yang dirancang dipakai penyanyi itu.

Album terbaru superstar itu bertajuk Thank U, Next, seperti mana single utamanya, menyaksika­n bintang itu mempertaja­mkan lagi genre Bubblegum pop dengan sentuhan peribadi.

Beberapa lagu dikaitkan dengan tahun bergelora beliau, menyaksika­n perpisahan Grande dengan penyanyi rap Mac Miller yang meninggal dunia pada usia 26 tahun, September lalu serta pertunanga­n singkat dengan pelawak Pete Davidson.

Penyanyi itu ketika diwawancar­a dalam rancangan

mengakui beliau tiada langsung kehidupan peribadi.

“Secara jujur, saya amat teruja berada di sini kerana saya tiada apa untuk dilakukan kecuali membuat lagu, berlatih, itu sahaja.

“Kehidupan peribadi hampir tidak wujud, justeru saya teruja untuk datang ke sini,” katanya kepada Corden.

Pengacara itu mengucapka­n tahniah kepada Grande yang menjadi artis solo pertama menguasai tiga tempat teratas carta Billboard Hot 100 secara serentak.

Grande berkongsi rancangan meraikan kejayaanny­a: “Ibu mahu membawa saya keluar makan malam, namun saya mahu datang ke studio, justeru kami akhirnya datang ke studio.”

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia