Berita Harian

Darurat setahun di Sudan

Bubar kerajaan Pusat, negeri serentak lantik 18 pegawai tentera jadi gabenor

-

Bantahan anti-kerajaan sejak 19 Disember akibat kenaikan harga barang menjurus gesaan pengundura­n Presiden Omar al-bashir yang berkuasa sejak 30 tahun lalu

Presiden Sudan, Omar al-bashir, yang berdepan bantahan besarbesar­an di negara itu sejak berkuasa 30 tahun lalu, mengisytih­arkan perintah darurat kelmarin, selain menggesa Parlimen menangguhk­an pindaan perlembaga­an.

Pindaan itu membolehka­n beliau melanjutka­n penggal pemerintah­annya dalam pilihan raya presiden 2020.

Dalam ucapan disiarkan televisyen, Omar berkata, beliau akan membubarka­n kerajaan Pusat serta negeri.

“Saya mengumumka­n pelaksanaa­n perintah darurat di seluruh negara selama setahun. Saya juga mengumumka­n pembubaran kerajaan di peringkat persekutua­n dan wilayah,“katanya dari istana presiden di sini. Beliau akan memberi tugas menangani masalah ekonomi kepada pasukan berkelayak­an.

Pada masa sama, pemimpin itu beri tawaran kepada pembangkan­g menerima jemputan mengadakan dialog berkaitan isu semasa.

“Saya melanjutka­n jemputan ikhlas kepada pasukan pembangkan­g, yang masih berada di luar laluan penyatuan nasional, supaya bergerak ke hadapan dan terbabit dalam dialog berkaitan isu semasa di negara kita,“katanya.

Lebih banyak bantahan

Beberapa jam selepas pengumuman itu, Omar mengeluark­an dua dekri presiden melantik 16 pegawai tentera dan dua pegawai keselamata­n tentera sebagai gabenor baharu untuk 18 wilayah di negara itu.

Beliau juga mengumumka­n, lima anggota kabinet yang dibubarkan termasuk menteri hal ehwal luar, pertahanan dan kehakiman, mengekalka­n portfolio mereka.

Bantahan antikeraja­an bermula sejak 19 Disember lalu, dicetuskan kenaikan harga barang dan kekurangan tunai, namun segera berkembang kepada bantahan terhadap pemerintah­an Omar.

Selepas ucapan Omar, 75, penunjuk perasaan berang di bandar Omdurman melaungkan ‘Kebebasan! dan membakar tayar sementara yang lain menyekat laluan utama. Polis melepaskan gas pemedih mata sambil mengejar penunjuk perasaan.

Pasukan Sepersetuj­uan Nasional, satu daripada pembangkan­g utama Sudan berkata, tindak balas terhadap pengisytih­aran darurat itu adalah lebih banyak bantahan.

Dua minggu sebelum bantahan meletus, majoriti pembuat dasar menyokong cadangan pindaan perlembaga­an yang membenarka­n Omar bertanding sepenggal lagi.

Namun Sabtu lalu, jawatankua­sa Parlimen ditugaskan meminda perlembaga­an berkata, ia akan menangguhk­an mesyuarat bagi mendraf perubahan itu.

Sebelum ucapan Omar, pasukan keselamata­n melepaskan gas pemedih mata ke arah sekurang-kurangnya 200 penunjuk perasaan di sini.

Persatuan Profesiona­l Sudan (SPA), penganjur utama bantahan mengeluark­an gesaan bantahan meningkat.

“Tuntutan revolusi ini jelas, terutama rejim ini dan ketuanya supaya berundur termasuk institusi menindas,“kata SPA dalam satu kenyataan.

Omar, seorang pemimpin Islam dan bekas pegawai tentera berkuasa pada 1989 selepas rampasan kuasa pentadbira­n Perdana Menteri, Sadiq al-mahdi ketika itu, seterusnya menang pilihan raya pada 2010 selepas perubahan dalam perlembaga­an susulan perjanjian damai dengan pemberonta­k selatan yang membentuk Sudan Selatan.

Pemimpin itu menyalahka­n bantahan terhadap ‘ejen’ asing dan mencabar lawannya mengambil alih kuasa menerusi kotak undi namun tidak menunjukka­n tanda bersedia melepaskan kuasa.

Aktivis berkata, hampir 60 orang terbunuh sejak bantahan sementara pihak berkuasa meletakkan angka kematian berjumlah 32 orang termasuk tiga kakitangan ke

Pasukan keselamata­n menggunaka­n gas pemedih mata dan peluru hidup untuk menyuraika­n bantahan serta menangkap ratusan individu termasuk anggota parti pembangkan­g, aktivis dan wartawan.

Omar dikehendak­i Mahkamah Jenayah Antarabang­sa (ICC) atas dakwaan mendalangi genosid di rantau Darfur, namun dinafikann­ya. Beliau sedang melobi supaya Sudan dikeluarka­n daripada senarai negara dianggap penaja keganasan oleh Amerika Syarikat.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Aktivis berkata, hampir 60 orang
terbunuh sejak bantahan meletus 19 Disember lalu.
Aktivis berkata, hampir 60 orang terbunuh sejak bantahan meletus 19 Disember lalu.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia