Berita Harian

Ambil alih hutang peneroka

Kedudukan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutua­n (FELDA) dikatakan menghampir­i tahap kritikal. Bagaimanak­ah nasib 112, 635 peneroka dan keseluruha­n 2.6 juta warga tanah rancangan itu. Kemelut hutang, pinjaman tidak dibayar menghantui FELDA sehingga dikatakan

-

FELDA telah mohon bantuan tangani isu aliran tunai kritikal dan kerajaan setuju bagi pinjaman RM577 juta RM77 juta sudah dapat untuk bayar elaun sara hidup November dan Disember lalu, RM500 juta lagi sepatutnya dapat hujung bulan ini untuk bantu elaun sara hidup dan hutang tertunggak

Bantuan juga diperlukan bagi menstruktu­r, ambil alih hutang peneroka mencecah hampir RM8 bilion Datuk Dr Othman Omar, Pengarah Besar FELDA

S: Setakat ini berapa jumlah hutang peneroka kena bayar kepada FELDA?

J: Kita ada RM5.5 bilion hutang peneroka yang sudah dimuktamad­kan, (manakala) yang belum dimuktamad­kan sebanyak RM2 bilion lagi. Makna kita dah kunci kira-kira sebab dalam lapan tahun pertama kita kena kira hasil dia dan hutang dia. Sebab kita bayar jumlah tertentu, jadi kena tengok hasil sudah cukup untuk berdikari, baru kita kunci kirakira dan kita tengok muktamadka­n hutang berapa banyak... RM100,000, RM80,000, RM70,000 dan kita mula tolak. Ada juga yang tiada hutang, yang sudah berjaya, yang buat sendiri, buat sendiri penanaman semula.

S: Berapa peratus kejayaan pembayaran balik hutang?

J: Sebanyak 90 peratus bayar hutang, 10 peratus yang tak bayar.. Yang tak bayar yang ‘rampas kebun’ iaitu masalahnya bila hasil tinggi atau bila harga tinggi dia ambil sendiri tak nak buat dengan kita. Kita dah tanam semula dah dapat buah hasil tetapi bila sudah dapat hasil tinggi, dia tak nak kena tolak hutang, jadi dia buat sendiri dia jual kepada orang lain.

S: Kadar pembayaran tinggi tetapi kenapa masih banyak hu- tang peneroka kepada FELDA?

J: Macam-macam sebab. Ada hutang tinggi sehingga RM200,000 ada RM150,000. Ada yang sebab rampas kebun ketika masa harga tinggi, buah hasil banyak tetapi selepas harga turun baru kembali kepada FELDA. Biasanya bila dia rampas kebun, dia bagi pekerja asing, Bangladesh atau Indonesia dengan kongsi 50 peratus tetapi mereka tak letak baja dan jaga kebun menyebabka­n selepas tiga tahun kebun teruk sehingga jadi hutan dan kurang hasil menyebabka­n mereka datang balik kepada kita.

Kita kena pulih kebun, dana banyak keluar dan kita kenakan balik, sebab itu kos lebih tinggi. Sepanjang tempoh tiga atau lima tahun itu pula tidak ditolak hutang menyebabka­n hutang masih kekal, sebab itu hutang sentiasa ada. Ada juga faktor cuaca El Nino menyebabka­n hasil kurang jadi tidak boleh tolak hutang, kena tangguh hutang. Kalau harga komoditi rendah juga tidak boleh potong hutang, kena minimum iaitu RM1,000. Kalau bawah RM1,000 tidak boleh potong, jadi hutang ditangguh.

Ada juga sebab banjir, ada sebab hutang tak wajar seperti sulaman tinggi, pokok mati menyebabka­n kita kena ganti pokok dan ini kos tinggi. Ada juga macam-macam sebab seperti masalah gajah langgar, serangan babi merosakkan tanaman.

S: FELDA dikatakan dapat hasil jauh berkuranga­n berbanding dahulu. Dulu dapat berbilion sekarang dapat berjuta sahaja selepas FGV. Boleh Datuk kong- si apa strategi FELDA untuk menambahka­n pendapatan?

J: Untuk tambah pendapatan, satunya kita kena ada duit, pada masa ini banyak penilaian kita buat tanpa duit. Tunai kita sekarang hampir kosong. Kita banyak hutang juga dengan pembekal, baja, FTP (Felda Technoplan­t Sdn Bhd). Strategi pelbagai. Kita banyak perlukan pelaburan kalau nak tingkatkan ladang. Kita ada sejuta ekar tanah rancangan dengan kita punya 40,000 ekar. Kita cuba tingkatkan nilai. Bila peneroka ada pendapatan kita dapat tolak hutang, kita nak bantu peneroka, kalau pendapatan peneroka tidak cukup, kita tidak boleh tolak hutang.

S: Diantara pendapatan terbesar FELDA sekarang adalah dari pembayaran hutang termasuk daripada peneroka?

J: Pembayaran hutang adalah sebanyak RM250 juta antara

RM280 juta setahun. Itu bayar balik hutang.

S: Bolehkah FELDA kembali ke zaman kegemilang­annya dengan mempunyai aliran tunai yang banyak sehingga RM5 bilion?

J: Masalah sekarang aliran tunai. Sebab itu kita minta kerajaan bantu. FELDA sudah memohon bantuan kerajaan bagi menangani isu aliran tunai yang kritikal dan kerajaan bersetuju memberi pinjaman RM577 juta. Selain itu bantuan juga diperlukan bagi menstruktu­r atau mengambila­lih hutang peneroka yang mencecah hampir RM8 bilion. RM77 juta sudah dapat untuk bayar elaun sara hidup November dan Disember lalu. Lagi RM500 juta sepatutnya dapat hujung bulan untuk bantu elaun sara hidup dan hutang tertunggak. Kita ada banyak hutang. Kita ada masalah tunai. Kita ada aset, kita ada proses jualan juga tetapi masalah nak dapatkan harga yang kita nak kena ambil masa.

S: Berapa nilai keseluruha­n aset FELDA yang ada pada masa ini termasuk tanah, hartanah dan sebagai?

J: Kita ada hartanah, tanah, saham, hutang yang belum dikutip dan sebagainya kita ada RM20 bilion.

S: Kalau jual aset boleh menjadi cara nak memulihkan FELDA?

J: Jangka pendek boleh bayar hutang dulu. Masalah kita sekarang ialah aliran tunai. Kita boleh jual tanah yang tidak strategik seperti tanah di Pulau Indah (Selangor) dan Gebeng (Pahang) dan hartanah seperti hotel di London yang rugi, hotel di Kota Kinabalu (Sabah) yang rugi.

S: Berapa boleh dijana kalau kita jual hotel bawah FELDA yang merugikan di luar negara?

J: Kita boleh dapat RM2 bilion bila jual hotel di luar negara. Dulu hutang kita ada RM8 bilion dan kita sudah bayar sikit-sikit jadi RM7 bilion. Bila kita jual aset, kita akan bayar hutang itu. Kita juga mahu mensturktu­rkan semula hutang kita.

S: Sebelum ini ketika zaman FELDA mempunyai RM5 bilion aliran tunai tetapi ketika itu ada hutang juga?

J: Secara agresif kita buat penanaman semula sejak tahun 2008. Ketika itu guna banyak duit untuk penanaman semula. FTP diwujudkan 2005 untuk penanaman semula. Kita perlu tunai untuk penanaman semula. Kita boleh hentikan penanaman semula dan hentikan letak baja kita dah boleh boleh jimat RM300 juta setahun tetapi kesan akan ada tiga tahun lagi. Jika kita hentikan penanaman semula dan baja, kita boleh dapat untung. Sekarang kita agresif penanaman semula dan ikut pertanian baik itu memberikan kos banyak. Itu pilihan kita tetapi ia tanggungja­wab untuk buat apa yang betul. Sebab itu kita kena selesaikan masalah aliran tunai. Sebenarnya kita ada cukup aset untuk tampung semua pinjaman kita.

S: Berapa banyak hutang yang ditanggung berbanding aset yang dimiliki FELDA?

J: Hutang ada RM8 bilion dan aset ada RM20 bilion. Kita masih lagi 40 peratus nisbah . Cuma kita tiada tunai. Bukan setakat peratus tetapi juga sama ada aset kita cair, kita tak sangat cair. Sebenarnya kalau di pasaran, tengok 40 peratus itu masih baik kerana ada aset tetapi kita sedang menghampir­i tahap kritikal. Komitmen kita untuk membayar elaun sara hidup sahaja RM500 juta, itu tidak kira lagi kos pembanguna­n lain. Kalau kira sejak itu sudah RM5 bilion kita bagi kepada peneroka, tidak termasuk kos penanaman semula. Di sini kebanyakan duit pergi. Kutipan kita pun tidak banyak dalam RM200 juta setahun dari pembayaran pinjaman yang dibuat peneroka. Sejak kebelakang­an ini banyak tidak boleh buat kutipan. Ada banyak faktor bagi kesan kepada kutipan bayaran seperti harga. Bila harga rendah kalau pendapatan peneroka bawah RM1,000, kita tak boleh potong (hutang). Tahun ini kita harap dapat sasaran kutipan RM240 juta, jadi itu lebih baik.

S: Bolehkan FELDA buat perniagaan lain untuk menjana pendapatan?

J: Kita boleh buat tetapi tanah tak boleh kerana ada terikat akta. Sekarang kita sedang buat tanah di Gua Musang (Kelantan). Kita minta orang ramai buat duit atau buat fertigasi, ada teknologi tinggi dan sebagainya. Kita nak tarik pelabur. Contohnya seperti solar farm, kalau ada orang nak labur dan kita boleh buat empat kali ganda pendapatan kita dapat dari kelapa sawit. Kta sedang bincang. Cuma perniagaan teras kita tetap komoditi. Cuma kita buat sekarang kita izinkan guna tanah seperti untuk burung walit. Kita tiada kepakaran, jadi kita bagi lokasi. Kita boleh dapat RM80 juta setahun.

S: Bila boleh boleh realisasik­an perniagaan ini?

J: Tahun ini. Apa-apa perniagaan kita boleh buat seperti buat solar farm, sarang burung walit, tanaman durian. Kita juga ada tanah. Kita memaksimum­kan penggunaan tanah.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Pelbagai isu dihadapi FELDA perlu ditangani dengan teliti agar FELDA mampu menjana kembali keuntungan.
Pelbagai isu dihadapi FELDA perlu ditangani dengan teliti agar FELDA mampu menjana kembali keuntungan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia