Berita Harian

KERAJAAN KENDALI LEBUH RAYA IKUT KEMAMPUAN KEWANGAN

Kurangkan 30 peratus atau tol percuma pada masa tertentu bagi kos selenggara

- Oleh M Hifzuddin Ikhsan dan Hamzah Osman

Proses mengambil alih semua lebuh raya di negara ini akan dilakukan secara berperingk­at mengikut kemampuan kewangan kerajaan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata, sehingga ini, kerajaan bersetuju untuk mengambil alih empat lebuh raya di Lembah Klang terlebih dahulu melalui proses pembelian terus daripada pemiliknya.

Bagaimanap­un, katanya, pembelian empat lebuh raya itu akan membabitka­n kos yang besar menyebabka­n kerajaan perlu mengenakan caj tertentu bagi tujuan penyelengg­araan laluan terbabit.

“Ini (pengambila­lihan) bukan cadangan, tetapi sudah dipersetuj­ui kerajaan bermula dengan beberapa tol yang akan ditutup.

“Bagaimanap­un, kita masih perlu kenakan kutipan tol biasa, kurangkan 30 peratus atau tol percuma pada masa tertentu kerana perlu lakukan (kos) penyelengg­araan.

“Tol (kutipan caj) ini juga untuk kita memperbesa­r, memanjang dan membina lebuh raya baharu pada masa hadapan,” katanya pada sidang media selepas melancarka­n Program Kampung Sihat Kebangsaan di sini, semalam.

Kelmarin, Pejabat Perdana Menteri mengumumka­n sudah memulakan proses rundingan dengan Gamuda Berhad untuk mengambil alih konsesi lebuh raya kendaliann­ya sebagai langkah pertama ke arah menghapusk­an mekanisme kutipan tol.

Kenyataan itu menyebut proses pengambila­lihan itu membabitka­n Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan Terowong SMART.

Caj kesesakan akan diperkenal­kan

Sebagai ganti, caj kesesakan akan diperkenal­kan di mana pengguna lebuh raya akan hanya dikenakan caj yang sama dengan kadar tol sedia ada pada waktu puncak selama enam jam sehari, manakala waktu luar puncak antara jam 11 malam hingga 5 pagi, tol adalah percuma.

Waktu biasa pula akan menyaksika­n kadar diskaun tol sebanyak 30 peratus di lebuh raya berkenaan.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, sejak mengambil alih Kerajaan Persekutua­n, pihaknya sudah memikirkan cara menunaikan segala janji pilihan raya termasuk membabitka­n tol.

“Saya mengaku ketika kita buat janji sebelum menang (Pilihan Raya Umum Ke-14), kita tidak mendapat maklumat sepenuhnya.

“Sekarang kita sudah jadi kerajaan baru kita mendapat maklumat sepenuhnya berkaitan kos lebuh raya yang sangat tinggi,” katanya.

Ditanya adakah pihak Gamuda Berhad sudah dimaklumka­n mengenai pengambila­lihan berkenaan, beliau berkata rundingan terbabit dilakukan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bersama syarikat terbabit.

 ??  ??
 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Dr Mahathir melancarka­n Program Kampungku Sihat peringkat Kebangsaan di Pusat Khidmat Anggota Parlimen Langkawi, semalam.
[FOTO BERNAMA] Dr Mahathir melancarka­n Program Kampungku Sihat peringkat Kebangsaan di Pusat Khidmat Anggota Parlimen Langkawi, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia