Berita Harian

LIMA LAGI POSITIF DIKESAN DI JOHOR

Jabatan kesihatan negeri kesan mangsa menerusi saringan 52 individu

- Oleh Mohd Fahmi Mohd Yusof

Lima lagi kanak-kanak disyaki positif jangkitan difteria dan kini ditahan di wad isolasi pediatrik Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini.

Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr Sahruddin Jamal, berkata semua kanak-kanak berkenaan termasuk tiga perempuan berusia bawah empat tahun, dikesan positif jangkitan difteria susulan saringan terhadap 52 individu oleh Jabatan Kesihatan negeri.

Beliau berkata, seorang daripada mangsa yang positif adalah kakak kepada budak lelaki berusia dua tahun satu bulan yang meninggal dunia disyaki akibat jangkitan difteria, Selasa lalu.

“Daripada lima kanak-kanak disyaki positif, empat daripadany­a didapati mengambil suntikan vaksin, manakala seorang lagi iaitu kakak kepada mangsa yang meninggal Selasa lalu, tidak mengambil suntikan vaksin.

“Semalam (kelmarin) hasil pemantauan Jabatan Kesihatan negeri, lima kanak-kanak ini mengalami gejala dan semua positif jangkitan difteria.

“Semua kanak-kanak ini tinggal di kawasan perumahan yang sama dan terdapat juga sebuah TASKA yang dikunjungi kelima-lima mereka,” katanya di HSA, semalam.

Yang turut hadir, Pengarah Kesihatan negeri, Dr Selahuddee­n Abd Aziz.

Bagaimanap­un, Dr Sahruddin berkata, tiga daripada kanak-kanak yang kini ditahan akan dibenarkan pulang esok, jika mereka tidak lagi menunjukka­n gejala jangkitan.

“Kita akan berikan antibiotik khas dalam 14 hari sebelum pemantauan susulan dibuat bagi memastikan mereka benar-benar bebas daripada simptom.

“Tiga daripada mereka sudah mendapatka­n rawatan lebih awal pada 19 Februari lalu iaitu lebih 48 jam, manakala dua lagi akan terus menerima rawatan dan pemantauan susulan, bagaimanap­un kedua-duanya dalam keadaan stabil,” katanya.

Katanya, jangkitan ini membabitka­n satu komuniti kecil dan pihaknya yakin dapat mengawal ia daripada merebak ke tahap lebih buruk.

“Ini adalah jangkitan dalam kelompok kecil dan kita akan membuat pemantauan lanjut serta rapi bagi memastikan jangkitan ini dapat dikawal sepenuhnya,” tambahnya.

 ?? [FOTO ZAIN AHMED/BH] ?? Dr Sahruddin memasuki bilik rawatan pengasinga­n untuk melihat perkembang­an lima kanakkanak dijangkiti difteria di HSA, Johor Bahru, semalam.
[FOTO ZAIN AHMED/BH] Dr Sahruddin memasuki bilik rawatan pengasinga­n untuk melihat perkembang­an lima kanakkanak dijangkiti difteria di HSA, Johor Bahru, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia