Berita Harian

Dr Mahathir bidas pendirian tidak tetap pemimpin PAS

-

Langkawi: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak faham dengan pendirian tidak tetap PAS dalam menyuaraka­n sokongan terhadapny­a untuk kekal sebagai perdana menteri.

“Saya tidak faham PAS ini, Hadi (Datuk Seri Abdul Hadi Awang), Takiyuddin (Datuk Takiyuddin Hassan) dan Samsuri (Dr Ahmad Samsuri Mokhtar) ada jumpa saya menyatakan mereka sedia sokong saya, bahkan beri pengakuan bertulis yang ditandatan­gani Takiyuddin.

“Mereka mahu saya terus menjadi Perdana Menteri dan tidak akan ikut kempen di Semenyih, tetapi pada penamaan (calon PRK Semenyih) pemimpin PAS ada (sokong UMNO),” katanya pada sidang media selepas melancarka­n Program Kampung Sihat Kebangsaan di sini, semalam.

Sebelum ini, PAS melalui Presidenny­a, Abdul Hadi; Setiausaha Agungnya, Takiyuddin dan Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri dikatakan menemui Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu bagi memberi sokongan sekiranya berlaku pengkhiana­tan dalam kalangan parti komponen PH.

Beri laluan kepada UMNO

PAS juga dipetik berkata, tidak akan bertanding pada PRK Semenyih dan tahap penyertaan serta komitmen diberikan berbeza dengan PRK Parlimen Cameron Highlands.

Dr Mahathir berkata, tindakan PAS tidak meletakkan calon mereka pada PRK Semenyih membuktika­n parti itu memberi laluan kepada UMNO.

“Jadi saya susah nak terima apa yang didakwa PAS, satu masa kata sokong dan satu masa kata tidak, ini cara PAS dan kita akan lawan kerjasama PAS dan UMNO ini.

“(Kerjasama) Ini menunjukka­n PAS bukan mengutamak­an Islam, sebaliknya apa yang diutamakan adalah untuk menang pilihan raya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia