Berita Harian

Konsep pertanian bandar boleh tambah pendapatan

-

Muar: Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani akan terus menggalakk­an konsep pertanian bandar yang berupaya memberi nilai tambah dan sumber pendapatan kepada pengusahan­ya.

Menterinya, Datuk Salahuddin Ayub, berkata pihaknya akan melancarka­n pelbagai program pertanian bandar supaya lebih banyak kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) dapat mengambil bahagian dalam konsep terbabit di kawasan masing-masing.

“Kita ada Institut Penyelidik­an dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) yang boleh memberikan khidmat nasihat dan rundingan, begitu juga Jabatan Pertanian yang pada bila-bila masa akan menyokong usaha ini.

Beri pelbagai faedah

“Ini akan memberi pelbagai faedah kepada rakyat di samping melestarik­an alam sekitar dan menambah sumber pendapatan ekonomi dalam pertanian bandar ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Pelancaran Taman Ideal dan Sambutan Hari Tandas Sedunia Peringkat Daerah Muar di Surau An-najah, Taman Sri Bakri III di sini, semalam.

Yang turut hadir, Yang Dipertua Majlis Perbandara­n Muar (MPM), Mustaffa Kamal Shamsudin.

Salahuddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Jeram berkata, penggunaan teknologi fertigasi dilihat berkesan dalam menjayakan program pertanian bandar kerana mampu dilaksanak­an walaupun di kawasan yang terhad.

“Teknologi fertigasi ini sangat berkesan. Kita dapat menggunaka­n kawasan terhad, namun hasilnya boleh memberi nilai tambah dan pendapatan agak lumayan kepada pengusaha atau penggiatny­a,” katanya.

Mengenai program terbabit, beliau berkata, sudah tiba masanya disiplin dalam aspek kebersihan ini menjadi satu keutamaan dalam setiap diri anggota masyarakat di daerah ini.

Katanya, usaha yang dilaksanak­an MPM sehingga Muar diiktiraf sebagai bandar yang bersih diharapkan akan menjadi pendidikan kepada masyarakat untuk turut serta menjadikan amalan penjagaan kebersihan ini sebagai satu budaya bagi penduduk di sini.

Ini akan memberi pelbagai faedah kepada rakyat di samping melestarik­an alam sekitar dan menambah sumber pendapatan ekonomi dalam pertanian bandar ini” Salahuddin Ayub, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia