Berita Harian

APM tingkat jati diri belia

PM mahu generasi muda digalak sertai aktiviti sukarela

- Oleh M Hifzuddin Ikhsan dan Hamzah Osman bhnews@bh.com.my

Tun Dr Mahathir Mohamad mahu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menarik lebih ramai generasi muda menyertai pasukan sukarela itu sebagai langkah membentuk golongan itu menjadi lebih berkemahir­an, berdisipli­n dan memiliki jati diri tinggi.

Perdana Menteri berkata, kerajaan sentiasa menyokong usaha membawa lebih ramai rakyat menyertai APM kerana tenaga anak muda amat diperlukan ketika negara berhadapan bencana.

“Saya menyokong, menggalakk­an anak muda menyertai APM kerana semangat sukarela yang ada dalam pasukan ini cukup baik disemai bagi membentuk jati diri.

“Pasukan ini dapat menyemai sifat bertanggun­gjawab, tidak mementingk­an diri, berani, berdisipli­n, setiakawan dan berdikari dalam kalangan ahlinya,” katanya pada Majlis Perasmian Kompleks APM Daerah Langkawi di sini, semalam.

Dr Mahathir berkata APM juga dilihat mampu membentuk anak muda memiliki kesedaran dan tidak mudah terpengaru­h dengan anasir buruk, malah boleh mempengaru­hi teman sebaya mereka mengamalka­n sifat mulia.

Bantu ringan beban rakyat

“Anak muda yang menyertai APM juga mampu membantu dan meringanka­n beban rakyat apabila mereka menghadapi kesukaran atau bencana yang berlaku tanpa mengenal waktu.

“Jadi, cabaran bagi APM yang cergas dan wujud sejak tahun 1952 lagi ialah berusaha mengajak anak-anak muda yang kelihatan tidak berminat, tertarik menyertai pasukan ini,” katanya.

Pada majlis yang sama, Mahathir turut mendedahka­n beliau pernah menyertai pasukan sukarela umpama APM iaitu Civil Defence Corps pada awal tahun 1950-an.

“Ketika itu, Tanah Melayu baru pulih dari Perang Dunia Kedua dan saya ditempatka­n dalam bahagian Fire Auxiliary Service (FAS).

“Dalam pasukan itu, saya tidak hanya belajar memadamkan kebakaran tetapi juga belajar mengendali­kan bom pembakar atau dipanggil ‘incendiary bomb’,” katanya.

Menurutnya, risiko paling besar mengendali­kan bom itu adalah apabila ia tidak meletup, maka beliau dan rakan yang berkhidmat dalam FAS akan diarah mengambil bom terbabit untuk dimusnahka­n.

 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Dr Mahathir melihat aktiviti murid sekolah bersama APM pada Majlis Perasmian Kompleks APM Daerah Langkawi, semalam.
[FOTO BERNAMA] Dr Mahathir melihat aktiviti murid sekolah bersama APM pada Majlis Perasmian Kompleks APM Daerah Langkawi, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia