Berita Harian

Elaun Sara Hidup perlu dibayar semula

-

S:

Apakah isu yang sering dibangkitk­an oleh peneroka sendiri?

J: Isu yang kita jelaskan ialah isu hutang yang tinggi. Ramai merungut kenapa hutang tinggi. Satunya, jika tak nak hutang tinggi jadi tak perlu ambil elaun sara hidup tinggi banyak dan kalau banding syarikat perladanga­n lain. Kos kita 10 kali ganda sebab kita kena bayar kos elaun sara hidup. Jadi, tidak boleh banding kenapa kos kita banyak. Kos operasi kita sebenarnya lebih rendah tetapi bila campur wang sara hidup, itu lebih tinggi. Kita tidak galak ambil bayaran tinggi.

S:

Bila kita guna perkataan elaun sara hidup, peneroka ingat itu elaun dan tidak perlu bayar cepat?

J: Sebenarnya (ia) pinjaman sara hidup. Tidak mungkin salah faham. Mereka tahu itu adalah pinjaman sebab tandatanga­n perjanjian tanam semula. Bila kita cakap kurangkan ambil pinjaman supaya tidak perlu hutang banyak tetapi mereka tak nak, mereka kata kita sudah berjanji nak bayar RM1,500. Pada kita jangan pinjam RM1,500 nanti tidak boleh bayar, ada pinjaman rumah lagi tetapi mereka tak nak. Bagaimana nak tukar pemikiran peneroka. Ada perkara lain sebab hutang tinggi seperti ada serangan El Nino (cuaca panas), kos harga turun, masalah banjir, masalah sulaman yang banyak rosak... jadi kos ini kena tengok.

S:

FELDA perlu diselamatk­an demi nasib lebih 100,000 peneroka. Jika tiada tindakan drastik dilakukan sekarang, apa akan berlaku?

J: Kalau FELDA bungkus, bungkuslah. Sebenarnya ada 112, 635 tetapi keseluruha­n kira-kira 2.6 juta termasuk keluarga peneroka.

S:

Proses penanaman semula menyebabka­n peneroka berhutang dan FELDA terpaksa menanggung beban hutang yang tinggi sehingga menjejaska­n fungsinya?

J: Idea ialah kita bantu mereka dan mereka juga bantu diri dan selepas itu mereka boleh berdikari, ada pendapatan dan tahun demi tahun, ada yang berjaya dengan RM3,000... RM4,000 sebulan pendapatan. Ada peneroka yang bergantung kepada diri sendiri tanpa harap bantuan FELDA. Bagaimanap­un, formula bila pusingan kedua penanaman semula, ada yang boleh buat sendiri, mereka berdikari dan ada kisah kejayaan sendiri, buat sendiri, ada tanah sendiri dan pendapatan tetapi kebanyakan mereka masih bergantung kepada FELDA untuk bantu penanaman semula. Kita membiayai penanaman semula, kita lain dari syarikat peladangan lain. Kos penanaman semula hanya 10 peratus sahaja, kos yang banyak yang kita kena tanggung ialah elaun sara hidup sebab kena bayar setiap bulan.

Pada tiga atau empat tahun pertama, tiada hasil tanaman, selepas mula berbuah, kita kena bayar pendahulua­n hasil kerana hasil belum banyak lagi, jadi kita kena tampung untuk elaun sara hidup. Pada permulaann­ya hanya dengan RM500 sebulan sebab kita kata tak boleh membiayai keseluruha­n, kita kata peneroka kena biaya sendiri kerana bila bagi pinjamanan yang banyak mereka tidak boleh bayar, kita tidak bayar sepenuhnya. Selepas lapan tahun hutang baru RM30,000, jumlah itu mampu bayar dan boleh bayar tetapi bila minta lebih (elaun sara hidup) dan kerajaan bagi sehingga sekarang kita bayar sehingga RM1,500 sebulan.

Bila dah siap (proses tanaman semula), hutang sudah mencecah RM100,000 dan usia peneroka pula sudah 70 tahun, saya rasa tidak boleh bayar lagi. Sepatutnya untuk bantu mereka tetapi bila dah tua jadi pinjaman banyak. Akhirnya hutang banyak ketika usia sudah tua. Bila banyak hutang dan berusia, anak juga tak mahu ambil alih hutang kerana kata itu hutang adalah ayah kenapa mereka kena bayar. Itu sebabnya kita mahu tengok bagi modul pinjaman ini, mungkin ambil RM1,000 tetapi kita kena seimbangka­n.

S:

Bayaran RM500 itu awal dulu dan banding sekarang terlam- pau tinggi sehingga peneroka tidak mampu bayar?

J: Naik banyak sehingga RM1,500 pada 2018, sebelum ini hanya RM700 sebulan. Niat kita hendak bantu tetapi kita tengok impak jangka panjang, kesannya mereka tidak ada duit nak bayar pinjaman. Kita kena seimbang, sama ada bagi apa yang mereka minta. Kita mahu kemukakan fakta supaya orang ramai faham, apa kebenaran. Sudah pasti kalau kita doktor, kita kata jangan ambil gula, ubat pahit tetapi kena ambil ubat, kita tidak boleh salahkan orang lain.

S:

Berapa ramai yang mengambil pinjaman untuk penanaman semula. Mereka yang kena tanggung?

J: Sebanyak 42 peratus adalah peneroka asal, bakinya ada generasi kedua dan ketiga, ada yang berusia 40-an ada berusia 50-0an.

S:

Peneroka lama ini secara keseluruha­nnya berusia 60 tahun ke atas. Kenapa tetap bagi pin- jaman kepada mereka yang sudah berusia?

J: Mereka mahu pinjaman. Kalau boleh kita tidak mahu bagi pinjaman tinggi (tetapi) kalau tidak bagi pinjaman nak makan apa, pokok tak ada hasil lagi untuk tiga tahun pertama.

S:

FELDA tiada program untuk menjana pendapatan peneroka sementara menunggu dapat hasil kelapa sawit?

J: Ada. Sekarang boleh bela arnab, boleh bidang ternakan dan macam-macam lagi tetapi semuanya bergantung kepada mereka. Tetapi kebanyakan mereka dah berusia. Bagi 42 peratus mereka tidak boleh buat apa, ada juga ibu tunggal, bapa tunggal, jadi tiada apa mereka boleh buat.

S:

Adakah FELDA juga buat program menyeluruh dan bersepadu untuk menjana pendapatan peneroka?

J: Ada banyak pilihan dan bawah jabatan usahawan ada macam-macam usaha, produk dan boleh pilih. Mereka juga boleh membuat pinjaman, bergantung kepada kemahuan mereka. Ada yang hanya mahu kita bantu sahaja, jika kita tidak bantu, mereka habis (gagal). Ini juga membabitka­n transfomas­i komuniti supaya mereka perlu faham, perlu betul. Kena ubah pemikiran peneroka (tetapi) kalau mereka yang sudah tua tak boleh juga. Ada juga yang muda tak minat kerana mereka sudah tinggal di bandar, sudah berjaya dan tidak mahu tinggal di kampung buat kerja ladang.

S:

Ada berapa ramai usahawan dalam kalangan peneroka?

J: Ada 15,000 usahawan daripada (keseluruha­n) 112, 635 peneroka (iaitu) hampir 12 peratus usahawan. Macam-macam projek seperti agrikultur, ada buat bengkel, kedai runcit. Kita bagi pinjaman dan latihan untuk mereka. Mereka buat sampingan selain tanaman sawit. Kita mahu lebih ramai terbabit supaya ada pendapatan sampingan. Mereka tinggal di kawasan FELDA. Kita mempunyai pelbagai program keusahwana­n di FELDA termasuk bantuan agensi-agensi lain.

S:

Untuk elaun ini semua boleh mengemukak­an permohonan walaupun sudah sudah tua tetapi FELDA bagi juga?

J: Semua yang buat tanaman semula boleh dapat. Kita ada anggaran 30,000 hingga 60,000 orang yang buat penanaman semula. Jumlah berbeza, ada yang baru nak tanam semula, ada tengah buat penanaman semula. FELDA ada lebih 112,000 peneroka tetapi atas tahun kemasukan berbeza, ada masuk 1960, ada masuk 1990. Jadi ada yang sekarang ini tengah proses tananam semula, ada yang sedang tempoh berhasil dan akan tanam semula sekitar tahun ke-25. Pada masa ini ada 33,000 yang menerima pendahulua­n hasil (PDH). Ini seperti elaun sara hidup juga. Elaun sara hidup untuk empat tahun pertama ketika tidak ada hasil dan selepas itu elaun dikenali PDH sebab hasil masih rendah dan kalau kita mula buat potongan, mereka masih belum ada hasil lagi tidak ada keuntungan. Jadi kita kena bayar juga.

S:

Bila peneroka kena mula bayar balik? Bagaimana skim pengiraan?

J: Dia kena kunci kira-kira iaitu selepas hasil sudah cukup iaitu selepas lapan tahun, dia sudah setuju dan kita kira berapa hutang, baru kita mula tolak. Tetapi sebelum kunci kira-kira, kalau hasil masih belum cukup, ia akan sambung (elaun diteruskan). Itu jadi panjang sehingga bertahun-tahun sehingga 10 tahun. Ada bermacam faktor hasil rendah sebab hujan, El Nino dan lain-lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia