Berita Harian

Rakyat beri reaksi berbeza di laman sosial

-

Kuala Lumpur: Rancangan kerajaan menghapusk­an mekanisme kutipan tol lebuh raya dan digantikan dengan caj kesesakan pada waktu puncak selama enam jam sehari, mendapat reaksi pelbagai daripada pengguna Facebook dan Twitter BH.

Menerusi tinjauan pendapat dalam tempoh tiga jam di kedua-dua platform media sosial itu, lebih 6,000 netizen memberi maklum balas dengan majoriti bersetuju dengan mekanisme kadar tol yang baharu.

Setakat jam 7 malam, seramai 3,268 daripada keseluruha­n responden bersetuju dengan pelaksanaa­n caj kesesakan, yang akan menggantik­an kutipan tol di empat lebuh raya di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

Bagaimanap­un, 2,830 netizen tidak setuju dengan rancangan itu dan mereka tampil dengan pelbagai cadangan.

Tambah baik pelaksanaa­n

Seorang pengguna media sosial, Ezuan Persona, menyatakan sokongan terhadap rancangan itu tetapi mencadangk­an ia ditambah baik untuk memanfaatk­an lebih ramai pengguna.

“Sokong untuk penambahba­ikan. Fikir macam orang bertamadun, bukan mencemuh,” katanya.

Mohd Najib Nizal Nawi pula berpendapa­t, semua tol perlu dimansuhka­n seperti yang dijanjikan kerajaan di dalam manifesto.

Dalam pada itu, ramai juga netizen yang tidak menyokong rancangan kerajaan itu dan menyifatka­nnya sebagai tidak efektif menurunkan kos hidup pengguna, kerana majoriti melalui lebuh raya berkenaan pada waktu puncak, justeru mereka tetap dikenakan kadar tol sama.

Bagi Jacob Escobar, pengecuali­an kadar tol pada jam 11 malam hingga 5 pagi tidak berkesan kerana tidak ramai yang menggunaka­n lebuh raya ketika itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia