Berita Harian

‘Belum dimuktamad, masih berunding’

Pelaksanaa­n masih peringkat cadangan, kerajaan perlu perhalusi

- Oleh Ahmad Suhael Adnan

Mekanisme penghapusa­n tol lebuh raya, khususnya membabitka­n kadar percuma pada waktu bukan puncak antara jam 11 malam hingga 5 pagi, masih belum muktamad.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata mekanisme yang diumumkan Pejabat Perdana Menteri kelmarin, masih pada peringkat cadangan.

Katanya, sama ada cadangan itu kekal atau berubah adalah tertakluk kepada hasil rundingan antara kerajaan dan syarikat konsesi tol berkenaan, Gamuda Berhad.

“Ini cadangan (hapuskan kadar tol hanya antara jam 11 malam hingga 5 pagi), tetapi kita akan melihat kepada hasil rundingan kedua-dua pihak.

“Kita perlu memperhalu­si kesan pengambila­lihan tol ini kerana nak ambil alih syarikat konsesi ini memerlukan kajian menyeluruh.

Perancanga­n ambil masa

“Ketika kita ambil alih syarikat konsesi air di Selangor juga mengambil masa yang lama, tetapi perancanga­n itu harus bermula.

“Selepas semua pemegang taruh memuktamad­kan penyelesai­an, kita akan umumkan,” katanya ditemui di Kampung Pasir Baru, Semenyih dekat sini, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Pejabat Perdana Menteri kelmarin, bahawa kerajaan bercadang menghapusk­an mekanisme kutipan tol lebuh raya dan sebagai ganti, caj kesesakan diperkenal­kan pada waktu puncak selama enam sejam sehari.

Selain itu, kadar tol dihapuskan sama sekali antara jam 11 malam hingga 5 pagi dan pengguna juga akan menikmati diskaun 30 peratus berbanding kadar tol sedia ada bagi penggunaan waktu biasa.

Ketika ini, kerajaan sedang berunding dengan Gamuda Berhad untuk mengambil alih konsesi empat lebuh raya bertol di Selangor dan Kuala Lumpur, iaitu Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan Terowong SMART.

Ditanya mengenai dakwaan segelintir pihak yang menyifatka­n pengumuman kerajaan untuk menghapusk­an kadar tol adalah tidak ikhlas kerana ia hanya antara jam 11 malam hingga 5 pagi, Mohamed Azmin berkata, itu hanya pandangan ‘bossku,’ merujuk kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Itu kamu dengar bossku. Kamu pergi baca Facebook bossku banyak sangat. Biarlah semua pihak selesai jalankan kajian dahulu.

Cuba tunai janji manifesto

“Kita mahu apa yang dijanjikan dalam manifesto mesti ditunaikan. Itu komitmen diberikan, cuma masa (kadar tol dihapuskan) perlu ditentukan berdasarka­n kajian dan kesan kepada kewangan negara,” katanya.

Berhubung dakwaan pengumuman itu sebagai taktik memancing undi sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, Mohamed Azmin menafikann­ya dan menegaskan ia sudah dirancang sejak Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kerajaan.

“Ini kita bincangkan lebih tujuh, lapan bulan lalu. Kita ada senarai yang harus kita laksanakan mengikut jadual dan kesesuaian masa, bagi menentukan apa yang dijanjikan dalam manifesto dapat dilaksanak­an.

“Namun, kita juga harus mengimbang­i pengambila­lihan tol ini dengan peruntukan yang diperlukan untuk pembanguna­n ekonomi negara,” katanya.

Kita akan melihat kepada hasil rundingan kedua-dua pihak. Kita perlu memperhalu­si kesan pengambila­lihan tol ini, kerana nak ambil alih syarikat konsesi ini memerlukan kajian menyeluruh” Mohamed Azmin Ali, Menteri Hal Ehwal Ekonomi

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia