Berita Harian

Pemberian diskaun pas bulanan dilihat lebih efektif

-

Kuala Lumpur: Penawaran pas bulanan pada kadar diskaun bagi pengguna lebuh raya tanpa had penggunaan dilihat sebagai langkah lebih berkesan, untuk menangani peningkata­n kos sara hidup rakyat, berbanding mekanisme caj kesesakan yang ingin dilaksanak­an kerajaan.

Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Mohd Yusof Saari, berkata caj kesesakan yang menyaksika­n penawaran diskaun 30 peratus berbanding kadar tol sedia ada bagi penggunaan waktu biasa dijangka kurang memberikan impak.

Katanya, faktor lain seperti kesesakan sehingga menyaksika­n pengguna lebuh raya terperangk­ap berjam-jam ketika dalam perjalanan ke destinasi masih menjadi penyumbang terbesar kos menerusi penggunaan petrol, sekali gus menyebabka­n mekanisme berkenaan tidak mampu menangani peningkata­n kos sara hidup rakyat.

Manfaat terhad

“Waktu tiada caj antara jam 11 malam hingga 5 pagi pula sekadar memberikan manfaat kepada segmen kecil masyarakat, iaitu petugas syif malam yang lazimnya menggunaka­n lebuh raya di bandar pada larut malam, sebelum pulang ke rumah awal pagi keesokan harinya.

“Mengikut mekanisme baharu ini, kemungkina­n besar kos bayaran tol oleh pengguna membabitka­n empat lebuh raya ini berkuranga­n sebanyak 30 peratus.

“Jika sehari rakyat membayar RM10, maka selepas pelaksanaa­n cadangan ini, mereka hanya bayar RM7, iaitu penjimatan RM3.

“Liputan faedah mekanisme berkenaan dijangka hanya diperoleh isi rumah di bandar dan yang menggunaka­n empat lebuh raya ini sahaja, manakala sebahagian besar segmen masyarakat di bandar lain dengan menggunaka­n lebuh raya berbeza tidak mendapat manfaat,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan kelmarin, mengumumka­n kerajaan berunding dengan Gamuda Bhd untuk mengambil alih konsesi lebuh raya, sebagai langkah pertama ke arah menghapusk­an mekanisme kutipan tol sedia ada.

Rundingan itu membabitka­n rancangan mengambil alih konsesi Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan Terowong SMART.

Mengemukak­an penyelesai­an alternatif, Mohd Yusof berkata, kerajaan berupaya memperkena­lkan pas bulanan bagi rakyat yang terpaksa menggunaka­n laluan menerusi empat lebuh raya terbabit untuk pelbagai tujuan setiap hari.

Beliau menyifatka­n keputusan sedemikian yang dijangka memberi manfaat kepada golongan sasar, selain berupaya menetapkan kriteria penerima tidak mustahil memandangk­an kerajaan mempunyai rekod pelaksanaa­n dan keberkesan­an menerusi mekanisme pas pengangkut­an awam.

“Niat kerajaan bagus, iaitu untuk meringanka­n bebanan kos hidup rakyat, tetapi perlu perkemas kaedahnya supaya ia memberi manfaat secara langsung kepada golongan sasar yang saban hari tertekan dengan pelbagai masalah,” katanya.

Mohd Yusof berkata, pertimbang­an jangka panjang yang mampu dilaksanak­an kerajaan ialah pengambila­lihan tol di Lebuh Raya Utara Selatan kendalian syarikat konsesi PLUS Malaysia Berhad secara berperingk­at, sejajar kedudukan kewangan negara.

Katanya, antara langkah pertama cadangan itu ialah dengan menghapusk­an kutipan tol di jajaran Lebuh Raya Utara Selatan, yang termasuk dalam laluan pengguna untuk ke pejabat setiap hari.

“Jika cadangan penghapusa­n tol dilaksanak­an kepada lebuh raya PLUS, ia dijangka memberikan kesan signifikan sehingga menyaksika­n penguranga­n kos pengangkut­an barangan, namun langkah ini mungkin tidak berupaya dibuat kerana berada di luar kemampuan kewangan kerajaan.

“Mungkin pengambila­lihan berperingk­at boleh dipertimba­ngkan seperti sebahagian lebuh raya PLUS, iaitu di kawasan yang menjadi tumpuan rakyat seperti tol Juru di Pulau Pinang,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia