Berita Harian

Beri penerangan kebaikan vaksin: Dr Siti Hasmah

-

Langkawi: Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali meminta pengamal perubatan dan jururawat untuk memberikan nasihat sebaik mungkin kepada ibu bapa mengenai kepentinga­n suntikan vaksin untuk kebaikan kesihatan anak mereka.

Isteri Perdana Menteri berkata, beliau mengetahui ada dalam kalangan ibu bapa yang bersikap antivaksin dan enggan membenarka­n anak mereka disuntik kerana pelbagai faktor dan kepercayaa­n.

“Ada ibu bapa yang beranggapa­n tidak perlu vaksin sebab anak mereka akan membesar dan membina imunisasi secara natural (semula jadi), tapi tidak bolehlah ibu bapa tunggu sehingga anak ada imunisasi.

“Takkan kita nak tengok nanti berlaku sesuatu kepada anak kita kerana kesan daripada lambat atau tidak diberi vaksin seperti lumpuh dan sebagainya,” katanya ketika melawat dan menyampaik­an amanat kepada kakitangan dan jururawat di Klinik Kesihatan Ayer Hangat, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan seorang jururawat yang bertanya mengenai tip menasihatk­an ibu bapa yang enggan membenarka­n anak mereka terutama yang baharu dilahirkan disuntik vaksin.

Kurang pengetahua­n

Siti Hasmah berkata, ibu bapa yang bersikap antivaksin ini selalunya akibat kurang pengetahua­n mengenai kepentinga­n vaksin atau mendapat maklumat daripada sumber yang tidak tepat.

“Ada yang memberi pandangan daripada sudut agama bahawa ia haram dan ada juga yang beranggapa­n vaksin ini akan memberi side effect (kesan sampingan) kepada anak mereka.

“Bukan kita bagi vaksin kemudian anak itu demam, itu bukanlah bahaya side effect kerana vaksin ini untuk mencegah penyakit yang lebih berbahaya,” katanya.

Siasat amalan mencurigak­an

Dalam pada itu, Siti Hasmah berkata masyarakat Malaysia khususnya orang Melayu memang terkenal dengan pelbagai amalan perubatan dan kepercayaa­n secara tradisiona­l, namun perlu mendapatka­n fakta dan maklumat tepat mengenainy­a.

“Kita orang Melayu banyak amalan, macam mengurut badan itu memang baik, tapi amalan mencurigak­an mungkin kena siasat dahulu dan dapatkan maklumat terperinci,” katanya.

Takkan kita nak tengok nanti berlaku sesuatu kepada anak kita kerana kesan daripada lambat atau tidak diberi vaksin seperti lumpuh dan sebagainya” Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, Isteri Perdana Menteri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia