Berita Harian

Golongan antivaksin digesa henti debat

-

Kuala Lumpur: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, menggesa golongan antivaksin supaya berhenti berdebat mengenai kepentinga­n mengambil suntikan itu dalam kalangan kanak-kanak.

“Vaksin dihasilkan di negara ini bukan vaksin yang haram dan ia sudah diluluskan. Jadi tidak timbul isu (haram) itu semua.

“Mereka yang membawa perdebatan ini seharusnya berhenti berbuat demikian kerana ia menjejaska­n ketahanan anak itu apabila mereka dewasa nanti,” katanya selepas merasmikan majlis jamuan muhibah Tahun Baharu Cina anjuran Persatuan Cina Muslim Malaysia di Subang Jaya, semalam.

Beliau berkata, suntikan itu wajib dan kementeria­nnya juga berbincang dengan Pejabat Mufti Wilayah Persekutua­n mengenai vaksin dihasilkan di Malaysia.

Desak wajibkan vaksin

Mujahid berkata, pihaknya jelas berpanduka­n fatwa yang ada iaitu hukum mengambil vaksin adalah harus dan boleh menjadi wajib jika kesihatan kanak-kanak berkenaan terjejas sekiranya tidak mengambil suntikan.

Sementara itu, Persatuan Farmasi Malaysia (MPS) mendesak kerajaan untuk mewajibkan suntikan vaksin bagi mengurangk­an penyebaran penyakit yang dapat dielakkan menerusi vaksin di negara ini.

Presidenny­a, Amrahi Buang, berkata keputusan untuk mewajibkan suntikan vaksin perlu dilaksanak­an berikutan kumpulan antivaksin terus menerus berkongsi maklumat mengeliruk­an orang awam mengenai kepentinga­n suntikan vaksin.

“Adalah penting untuk kerajaan mewajibkan suntikan vaksin sekarang kerana golongan antivaksin terus berkongsi maklumat yang mengeliruk­an mengenai keselamata­n vaksin.

“Dapat dilihat, tahap celik kesihatan rakyat di kawasan bandar dan luar bandar sangat lemah dalam hal suntikan vaksin ini,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia