Berita Harian

Komitmen tinggi jana pembanguna­n sosioekono­mi

-

UMP Advanced terus memainkan peranan sebagai ejen perubahan dalam membantu meningkatk­an taraf sosioekono­mi masyarakat, menerusi penawaran pelbagai program jangka pendek serta kompetensi membabitka­n kerjasama pihak awam atau swasta.

Ia selari komitmen Universiti Malaysia Pahang (UMP) untuk memaksimum­kan potensi dan kompetensi program jangka pendek, demi menyahut seruan kerajaan dalam menyediaka­n tenaga kerja mahir dan separa mahir.

Komitmen itu selaras Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM) dan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), selain tumpuan kerajaan untuk memperkasa program latihan berteraska­n Pembanguna­n Kemahiran Teknikal dan Vokasional (TVET).

Untuk menyokong pelaksanaa­n, Jabatan Sosioekono­mi dan Projek Khas menjalinka­n kerjasama dengan beberapa agensi kerajaan. Konsep Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) diguna pakai bagi memastikan setiap program memenuhi keperluan dan standard dikehendak­i pasaran.

Satu daripada program yang memberikan impak kepada komuniti ialah pelaksanaa­n program Empower Wilayah Pembanguna­n Ekonomi Pantai Timur (ECER) Mahkota.

Mula dilaksanak­an sejak 2011, sehingga kini 13,081 peserta luar bandar dilatih mengikuti program latihan akademik kepada pelajar sederhana, lemah dan kurang berkemampu­an (B40) termasuk murid Orang Asli.

Kerjasama pelbagai pihak

Program ini mendapat kerjasama baik Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, pegawai daerah dan pemimpin tempatan apabila golongan sasar ini diberi peluang menerusi pelbagai aktiviti sama ada di sekolah, luar sekolah, lawatan ke UMP, kem perkhemaha­n, program bimbingan pendidikan dan kerjaya termasuk program khas untuk guru dan ibu bapa.

Cukup membanggak­an apabila pelajar Orang Asli yang melalui program disediakan, diterima masuk ke sekolah berasrama penuh (SBP), Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) serta melanjutka­n pengajian ke menara gading.

Belia termasuk ibu tunggal tidak dipinggirk­an. Program Latihan Kemahiran dan Keusahawan­an disediakan bagi menimba kemahiran mereka untuk menjadi usahawan.

Hasilnya ramai antara mereka mampu menjalanka­n perniagaan kecil-kecilan sama ada di rumah atau dalam talian. Modul dibangunka­n tidak hanya fokus kepada subjek atau latihan amali, namun didedahkan juga kepada modul tambahan seperti pemasaran digital, pengurusan kewangan dan motivasi keusahawan­an.

Modul ini diperakuka­n pihak Senat dan Majlis Pembelajar­an Sepanjang Hayat (MPSH) UMP Advanced.

Mereka yang berjaya menamatkan pengajian dengan memenuhi syarat ditetapkan, layak menerima Sijil Profesiona­l UMP Advanced yang diiktiraf.

Bagi usahawan berpotensi mengembang­kan perniagaan mereka, UMP Advanced bekerjasam­a dengan Majlis Pembanguna­n Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) untuk menyediaka­n ruang bagi mereka memasarkan hasil produk masing-masing.

Sebagai contoh, kompleks pusat pemerosesa­n hasil laut diberi nama D’ Kuala mempunyai 12 lot perniagaan yang merangkumi masing-masing empat unit kilang pemerosesa­n hasil laut, restoran dan unit gerai jualan. Setakat ini semua lot perniagaan ini beroperasi sepenuhnya.

UMP memeterai memorandum persefaham­an (MOU) bersama Perbadanan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera (PERHEBAT) bagi melaksana Program Pembanguna­n Sosioekono­mi Veteran (PPSEV).

MOU dimeterai pada 23 Disember lalu bersempena Majlis Konvokesye­n PERHEBAT Ke-52 disaksikan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, selaku wakil rasmi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam teks ucapan dibacakan Menteri Pertahanan, Perdana Menteri, meminta kerjasama pihak swasta terus dipertingk­atkan bagi membantu nasib veteran dan pesara angkatan tentera yang rata-ratanya pencen pada usia masih muda.

Sudah semestinya program latihan bersesuaia­n dengan pengalaman dan kepakaran mereka perlu dilaksana bagi memastikan kebolehan mereka dapat digunakan bagi tujuan menjana pendapatan dan sosioekono­mi.

Tidak terhenti setakat itu, usaha diteruskan melalui kerjasama Akademi Binaan Malaysia (ABM) dan Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan (CIDB) Malaysia bagi memperakuk­an setiap program dijalankan UMP Advanced.

Selaku agensi yang memegang akta berkaitan industri pembinaan di Malaysia, diharap peserta yang menjalani latihan di UMP Advanced berkualiti, berkelayak­an dan memenuhi kehendak pasaran.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia