Berita Harian

Muhammad Aiman fokus kempen, temui pengundi

Calon PH mahu teruskan inisiatif arwah bapa mentua bantu penduduk

- Oleh Mohd Iskandar Ibrahim, Ahmad Suhael Adnan dan Mohd Nasaruddin Parzi bhnews@bh.com.my Hulu Langat

Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, Muhammad Aiman Zainali, mahu memanfaatk­an baki lima hari berkempen untuk menemui pengundi.

Calon berusia 30 tahun itu berkata, beliau akan memberi tumpuan bertemu pengundi terutama di kawasan yang belum dilawatiny­a.

Terjemah sokongan

“Tinggal beberapa hari lagi (berkempen), tumpuan kita adalah kawasan yang dirasakan perlu kerja lebih kerana setakat ini saya dan jentera sudah bertemu 70 peratus pengundi.

“Jadi dengan baki kempen yang masih tinggal beberapa hari lagi, saya berazam bertemu seberapa ramai pengundi supaya mereka dapat terjemahka­n sokongan di atas kertas undi 2 Mac ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melakukan tinjauan mesra di Stesen Teksi Semenyih di sini, semalam.

Kehadiran Muhammad Aiman disambut oleh Presiden Persatuan Pemandu Teksi, Meter dan Kereta Sewa Hulu Langat, Imran Amed Pala.

Muhammad Aiman berkata, beliau akan meneruskan inisiatif arwah bapa mentuanya yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Bakhtiar Mohd Nor, dalam membantu golongan pemandu teksi.

Bagaimanap­un, ketika ditanya mengenai keluhan pemandu teksi yang mengadu mengenai nasib mereka yang semakin hilang punca pendapatan, beliau berkata perkara itu akan dibincangk­an jika dipilih sebagai ADUN Semenyih yang baharu.

 ??  ??
 ??  ?? Muhammad Aiman Zainali
Muhammad Aiman Zainali

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia