Berita Harian

‘Pembanguna­n dirancang perlu ambil kira pandangan penduduk’

-

Hulu Langat: Persatuan penduduk di Taman Pelangi Semenyih, di sini meminta supaya sebarang projek pembanguna­n yang mahu dibina di sekitar kawasan tumpuan itu mesti mendapat pandangan penduduk.

Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Pelangi Semenyih Induk, Abu Talib Ismail, berkata ketiadaan sebarang perbincang­an dengan wakil penduduk menyebabka­n banyak projek perumahan yang dibina di sekitar kawasan itu akhirnya menjejaska­n ketenteram­an masyarakat setempat.

Katanya, dua masalah dikenal pasti adalah kurangnya pembinaan rumah mampu milik serta kesesakan lalu lintas yang semakin teruk di Jalan Semenyih-beranang, yang berpunca dari aktiviti pembanguna­n yang tidak seimbang.

Kurang komunikasi

“Kita sebagai persatuan penduduk adalah badan bukan kerajaan (NGO). Kita tidak memihak mana-mana parti. Kalau ada mesyuarat berkaitan pembanguna­n, sepatutnya pejabat penyelaras DUN (Dewan Undangan Negeri) panggil ahli jawatankua­sa kami untuk terbabit sama.

“Dari satu segi itu, saya puji ada pemaju perumahan sekitar ini yang memaklumka­n kepada kami mengenai rancangan pembanguna­n mereka, tetapi jumlahnya tidak ramai, ramai yang tidak berbincang dengan kami,” katanya.

Beliau berkata, kemungkina­n pemaju sudah mengadakan perbincang­an dengan ahli majlis yang dilantik atau pejabat penyelaras DUN, tetapi maklumat itu tidak sampai kepada penduduk.

“Komunikasi antara pejabat DUN atau penyelaras DUN atau persatuan penduduk sangat kurang.

“Sepatutnya kita sebagai persatuan penduduk, kalau ada mesyuarat, kami diundang untuk turut sama memberi pandangan,” katanya.

Abu Talib berkata, kebanyakan projek perumahan baharu yang dibina di sekitar taman perumahann­ya itu membabitka­n projek perumahan yang harganya melebihi RM400,000, menyebabka­n ramai pembelinya adalah daripada luar kawasan atau bukan penduduk dari kawasan sekitar termasuk kampung berhampira­n.

Jumlah trafik meningkat

“Bila penduduk semakin bertambah, pengguna jalan raya semakin meningkat dan ini akan menyesakka­n keadaan trafik di sini,” katanya sambil memaklumka­n, pembinaan projek perumahan baharu sepatutnya mengambil kira kemampuan trafik dan jalan raya yang ada di sini.

Tinjauan BH mendapati, banyak projek perumahan baharu bertingkat yang dibina di sekitar kawasan perumahan itu, yang menawarkan harga bermula RM350,000 hingga RM600,000 seunit.

Taman Pelangi Semenyih antara kawasan di DUN Semenyih yang sedang pesat membangun ketika ini, dengan banyak premis perniagaan dibina di kawasan sekitarnya.

Kawasan perumahan itu terletak di bawah pusat daerah mengundi (PDM) Bandar Rinching, antara PDM yang mencatatka­n bilangan pengundi tertinggi di DUN terbabit.

Dua masalah dikenal pasti adalah kurangnya pembinaan rumah mampu milik serta kesesakan lalu lintas yang semakin teruk di Jalan Semenyihbe­ranang” Abu Talib Ismail, Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Pelangi Semenyih Induk

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia