Berita Harian

Dua lagi kertas siasatan dibuka sepanjang tempoh kempen

-

Hulu Langat: Sebanyak dua lagi kertas siasatan dibuka sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih sejak 16 Februari lalu hingga jam 11 pagi semalam.

Perkembang­an terbaru itu menjadikan jumlah keseluruha­n lapan kertas siasatan dibuka daripada 28 laporan polis yang dibuat setakat ini.

Ceramah tanpa permit

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superinten­dan Mohd Sabri Abdullah, berkata dua kertas siasatan itu membabitka­n satu lagi kesalahan mengikut Akta Pilihan Raya 1954, iaitu memberi ceramah tanpa permit dan satu kes mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan (Khianat).

“Terbaru pada 23 Februari (kelmarin), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang menerima satu laporan polis daripada seorang lelaki Cina mendakwa dua banner (banting) calon PRK dipotong di kawasan Taman Tasik Semenyih.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan (Khianat). Setakat ini pihak polis masih menjalanka­n siasatan,” katanya pada sidang media di Balai Polis Semenyih di sini, semalam.

154 permit kempen dikeluarka­n

Mohd Sabri berkata, sehingga kelmarin, sebanyak 154 permit kempen politik dikeluarka­n oleh polis iaitu 78 permit untuk Pakatan Harapan, Barisan Nasional (66) dan Parti Sosialis Malaysia (10).

Dalam perkembang­an lain, Mohd Sabri berkata proses pengundian awal Selasa ini membabitka­n 951 pegawai dan anggota polis.

“Seramai 854 pegawai dan anggota polis akan mengundi di Kem Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) Semenyih dan di IPD Kajang seramai 97 anggota” katanya.

Dua kertas siasatan itu membabitka­n satu lagi kesalahan mengikut Akta Pilihan Raya 1954, iaitu memberi ceramah tanpa permit dan satu kes mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan (Khianat)” Mohd Sabri Abdullah, Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia