Berita Harian

Tiada lagi pertembung­an PAS-UMNO dalam pilihan raya

-

Hulu Langat: PAS memberi jaminan tidak akan lagi berlaku pertembung­an parti itu dan UMNO dalam mana-mana pilihan raya kecil (PRK) sehingga pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Ketua Pemuda PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi, berkata PAS-UMNO akan membentuk satu jawatankua­sa bagi merealisas­ikan perkara itu.

Satu lawan satu

“Jika berlaku satu lawan satu, bukan sahaja Selangor akan beralih kuasa kepada muafakat pembangkan­g, malah negeri-negeri lain termasuk di peringkat pusat.

“Insya-allah dalam PRK sehinggala­h PRU akan datang, tidak akan lagi berlaku saingan tiga penjuru, hanya satu lawan satu. Inilah kekuatan yang sangat ditakuti Pakatan Harapan (PH),” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Ceramah Perdana Pentas Anak Muda yang turut disertai Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kantan Permai di sini, malam kelmarin.

Sementara itu, Asyraf turut mengakui perkara berkenaan dan menjelaska­n kajian menyeluruh sedang dilakukan.

Perbincang­an lebih serius

“Kita akan menuju Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) sebagai satu blok. Tidak akan ada lagi pertembung­an tiga penjuru kerana itu hanya merugikan Islam.

“Insya-allah jawatankua­sa yang dibentuk akan dianggotai seramai 18 orang membabitka­n wakil dari UMNO dan PAS bagi membincang­kan perkara itu dengan lebih serius,” katanya.

Insya-allah dalam PRK sehinggala­h PRU akan datang, tidak akan lagi berlaku saingan tiga penjuru, hanya satu lawan satu” Muhammad Khalil Abdul Hadi, Ketua Pemuda PAS

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia