Berita Harian

Tahap rawatan NCD negara belum memuaskan

Laporan NHMS dapati kes obesiti penduduk dewasa meningkat 4 kali ganda

- Oleh M Hifzuddin Ikhsan dan Hamzah Osman

Tahap rawatan penyakit tidak berjangkit (NCD) di negara ini masih tidak memuaskan seperti yang dilaporkan Tinjauan Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan (NHMS) setiap lima tahun.

Menteri Kesihatan, Datuk Dr Dzulkefly Ahmad, berkata laporan NHMS mendapati kes obesiti penduduk berusia 18 tahun ke atas meningkat empat kali ganda daripada 4.4 peratus pada 1996 kepada 17.7 peratus pada 2015.

“Peratus dewasa yang menghidap diabetes meningkat dua kali ganda daripada 8.3 peratus pada 1996 kepada 17.5 peratus pada 2015, manakala peratus kes hipertensi juga kekal tinggi iaitu sebanyak 30.3 peratus.

“Kementeria­n turut bimbang apabila 50 peratus penghidap hipertensi dan diabetes tidak menyedari mereka menghidap penyakit itu kerana tidak melakukan pemeriksaa­n awal,” katanya pada Majlis Pelancaran Kampungku Sihat Peringkat Kebangsaan di sini, semalam.

Kampungku sihat

Dzulkefly berkata, justeru pihaknya melancarka­n Program Kampungku Sihat sebagai satu pendekatan memperkasa­kan komuniti dalam aspek pencegahan serta saringan awal penyakit tidak berjangkit.

“Program ini adalah insentif baharu untuk mendekati golongan yang tidak mengetahui status kesihatan semasa mereka kerana jarang membuat pemeriksaa­n kesihatan.

“Pelaksanaa­n Kampungku Sihat dilakukan jururawat pelatih Institut Latihan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (ILKKM) yang akan menjelajah seluruh negara untuk membuat pemeriksaa­n awal terhadap NCD,” katanya.

Beliau berkata, jika jururawat terbabit menemui kes berisiko, ia akan dirujuk ke klinik kesihatan berhampira­n untuk rawatan lanjut.

Peratus golongan dewasa yang menghidap diabetes meningkat dua kali ganda daripada 8.3 peratus pada 1996 kepada 17.5 peratus pada 2015, manakala peratus kes hipertensi juga kekal tinggi iaitu sebanyak 30.3 peratus” Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia