Berita Harian

Kerajaan buka peluang bina WTE

-

Melaka: Kerajaan Persekutua­n membuka peluang kepada mana-mana syarikat yang berminat membangunk­an stesen sisa pepejal kepada tenaga (WTE) di setiap negeri, dalam tempoh dua tahun akan datang.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, berkata susulan perancanga­n kerajaan Pusat bagi menggantik­an kaedah pelupusan sampah konvension­al, kaedah WTE dilihat lebih berkesan, jimat tenaga dan menambah pendapatan.

“Melaka sebagai lokasi pelopor pembinaan WTE di tapak pelupusan sampah, Sungai Udang berkeluasa­n empat hektar, dilihat sesuai menggantik­an kaedah pelupusan sedia ada ketika ini.

“Oleh itu, kerajaan akan membuka tawaran kepada mana-mana syarikat yang berminat untuk mengendali­kan WTE yang memerlukan mereka menyediaka­n kos pelaburan kira-kira RM500 juta bagi menyediaka­n stesen ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media, selepas mengadakan lawatan ke Tapak Pelupusan Sampah, Sungai Udang, di sini, semalam.

Zuraida berkata, kerajaan akan memilih syarikat kontraktor mampu melaksanak­an projek itu dengan kos sendiri sebagai langkah berkesan menjimatka­n kos dan tidak akan membebanka­n peruntukan daripada kementeria­n.

“Syarikat mampu memperoleh hasil keuntungan dalam tempoh 15 tahun selepas menjana tenaga daripada sisa pepejal yang diproses,” katanya.

Kerajaan Melaka sebelum ini dilaporkan berkata, akan membina stesen WTE bernilai RM3.6 juta bagi mengatasi masalah pelupusan sampah di negeri itu.

Wanita sedia rampas kerusi

Sementara itu, beliau yang juga Naib Presiden PKR berkata, sayap Wanita parti itu bersedia merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau di Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) nanti, sekali gus mahu menamatkan penguasaan tradisi Barisan Nasional (BN) sejak 2004 di kerusi itu.

“Saya sentiasa berfikiran positif, ketika PRU (pilihan raya umum) sebelum ini, rakyat sudah matang dan menukar kerajaan baharu, kita yakin jika meletakkan calon wanita di Rantau, ia mampu memecah tradisi DUN (tewaskan BN).

“Ketika PRU lalu juga, PKR tidak meletakkan calon wanita di DUN, jadi dengan ada peluang lagi sekali, kita beri ruang untuk wanita mengikut adat perpatih untuk Negeri Sembilan,” katanya.

Katanya, Ketua Wanita PKR, Haniza Mohamed Talha akan mengusulka­n cadangan calon wanita bagi PRK DUN Rantau akan datang untuk dipertimba­ngkan oleh pucuk pimpinan parti.

BH sebelum ini melaporkan, Wanita PKR sudah mengenal pasti tiga calon untuk diketengah­kan sebagai calon dalam PRK DUN Rantau.

Mahkamah Persekutua­n, baru-baru ini menolak petisyen difailkan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan untuk mengetepik­an keputusan Mahkamah Pilihan Raya Seremban, pada 16 November lalu yang mengisytih­arkan kemenangan beliau bagi DUN Rantau, terbatal dan tidak sah.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia