Berita Harian

PKBM mohon beri peluang sertai projek infrastruk­tur

-

Kuala Lumpur: Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia (PKBM) memohon diberi peluang terbabit dalam projek infrastruk­tur mega, sekali gus menyumbang kepada pembinaan negara.

Presiden PKBM, Datuk Mokhtar Samad, berkata seramai 2,646 kontraktor Bumiputera G7 mempunyai inovasi, kekuatan kewangan dan pemikiran untuk melaksanak­an projek mega Malaysia.

“Kontraktor Bumiputera kini berada dalam keadaan sukar kerana berlaku kekurangan ketara terhadap projek yang ditawarkan dan persatuan berharap kerajaan memberi perhatian sewajarnya,” katanya kepada BERNAMA sebagai diminta mengulas peluang kontrak Bumiputera pada masa kini.

Semakan dalam laman web Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan beberapa laman web lain mendapati ratusan kontraktor Bumiputera berwibawa terbabit dalam pelbagai projek besar, antaranya Dhaya Maju Infrastruc­ture (Asia) Sdn Bhd, Asal Bina Sdn Bhd, Rahimkon Sdn Bhd, SN Akmida Holdings Sdn Bhd dan TRC Synergy Bhd.

Mampu jayakan projek mega

Mokhtar berkata, PKBM mempunyai keyakinan kontraktor Bumiputera mampu menjayakan pelbagai projek mega kerana industri pembinaan bukan bidang baharu bagi mereka.

Sejak Dasar Ekonomi Baharu (DEB) dilancarka­n Perdana Menteri Kedua, Allahyarha­m Tun Abdul Razak Hussein, pada 1970, kerajaan sentiasa memberi peluang dan peruntukan kepada kontraktor Bumiputera daripada gred G7 hingga G1 untuk menceburi sektor pembinaan.

“Saya jangka banyak pencapaian kontraktor Bumiputera yang mendapat peluang daripada dasar ini, menjayakan projek kerajaan dan telah ke Dubai,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan boleh membantu mengukuhka­n kebolehan kontraktor Bumiputera dengan sentiasa menaruh kepercayaa­n kepada mereka dan memberi bimbingan.

“Sebelum ini bukan tiada bimbingan dan gandingan, tetapi tidak efisien. Pihak persatuan ingin kerajaan baharu melihat kenapa kontraktor tempatan terutama Bumiputera kurang menyerlah. Mereka perlu dibantu,” katanya.

Mokhtar berkata, ketika ini kontraktor Bumiputera amat sesuai diketengah­kan dalam pembanguna­n infrastruk­tur terutamany­a pembinaan rel.

“Kita seharusnya memberi peluang kepada mereka kerana keadaan sudah berbeza. Kontraktor Bumiputera kini mempunyai keupayaan dan kepakaran,” katanya.

Kini, tenaga muda kontraktor Bumiputera membabitka­n golongan profesiona­l seperti jurutera, juruukur bahan, arkitek, kawalan kualiti dan pengurusan kontrak, bukan seperti generasi terdahulu yang tidak mempunyai pengalaman, sebaliknya hanya mewarisi ilmu pertukanga­n Melayu lama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia