Berita Harian

Polis buka tiga kertas siasatan kes hina Nabi

478 laporan diterima terhadap 3 pemilik akaun FB siar kenyataan jelik

- Oleh Faris Fuad

Polis sudah membuka tiga kertas siasatan berhubung kes penghinaan ke atas agama Islam, Nabi Muhammad SAW dan isteri baginda, Saidatina Aisyah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, berkata kertas siasatan itu membabitka­n tiga pemilik akaun Facebook, iaitu Foo Sing Wai, 68; Sarkar Tanesan, 21; dan Sally Yen.

Beliau berkata, setakat jam 9 pagi semalam, sebanyak 478 laporan polis diterima terhadap Sing Wai, Sarkar (11) dan Sally (dua).

“Sing Wai ditangkap pada 19 Februari lalu dan direman tiga hari berakhir kelmarin (Jumaat lalu).

“Disebabkan faktor umur dan komplikasi kesihatan, suspek dibebaskan pada 22 Februari lalu dengan jaminan polis.

Rujuk Timbalan Pendakwa Raya

“Kertas siasatan akan dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Mengulas lanjut, Mohamad Fuzi berkata, Sarkar pula ditahan pada 21 Februari lalu dan reman terhadapny­a dilanjutka­n hingga hari ini untuk membantu siasatan.

“Berhubung kes Sally, pemilik akaun Facebook itu memuat naik status pada 2013 dan sejak itu, kita sudah menerima 16 laporan.

“Kes diklasifik­asikan sebagai tiada tindakan lanjut oleh Pendakwa Raya kerana pemilik akaun tidak dapat dikenal pasti selepas dirujuk kepada Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk pengesahan.

“Siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti pemilik akaun itu dan pihak yang menularkan ‘posting’ terbabit,” katanya.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Kanun Keseksaan serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Orang ramai dinasihatk­an tidak membuat, menyebar atau berkongsi sebarang kenyataan jelik yang boleh menggugat ketenteram­an awam dan menjejaska­n perpaduan masyarakat berbilang agama serta kaum di negara ini,” katanya.

 ??  ?? Keratan akhbar BH Khamis lalu.
Keratan akhbar BH Khamis lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia