Berita Harian

2 maut kereta bertembung pacuan empat roda

Mangsa dikatakan gagal kawal kenderaan ketika masuk simpang

- Oleh Noor Hidayah Tanzizi

Dua lelaki maut selepas Perodua Myvi yang mereka naiki bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 16.5, Jalan Teluk Intan-hutan Melintang, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 4 pagi itu, pemandu kereta, A Maheshwara Rao, 26, dan penumpang hadapan, M Shasissega­r, 25, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di beberapa bahagian badan.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar, berkata siasatan awal mendapati Perodua Myvi dari arah Teluk Intan menghala ke Hutan Melintang manakala kenderaan pacuan empat jenis Toyota Hilux dari arah Sabak Bernam ke Teluk Intan.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, pemandu Perodua Myvi dipercayai gagal mengawal kenderaan ketika masuk ke simpang sebelah kanan menghala ke Hutan Melintang menyebabka­n Toyota Hilux tidak sempat mengelak dan melanggarn­ya.

Meninggal di tempat kejadian

“Nahas menyebabka­n pemandu dan penumpang kereta itu meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayat dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat,” katanya, semalam.

Mohd Marzukhi berkata, pemandu serta penumpang Toyota Hilux tidak cedera dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian itu jam 4.09 pagi dan anggota yang tiba di lokasi mengeluark­an dua mangsa yang tersepit di tempat duduk kereta, namun pasukan perubatan mengesahka­n kedua-dua mangsa sudah meninggal dunia.

Nahas menyebabka­n pemandu dan penumpang kereta itu meninggal dunia di lokasi kejadian” Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar, Ketua Polis Daerah Hilir Perak

 ??  ?? Kenderaan dinaiki mangsa selepas bertembung dengan pacuan empat roda, Jalan Teluk Intan-hutan Melintang, semalam.
Kenderaan dinaiki mangsa selepas bertembung dengan pacuan empat roda, Jalan Teluk Intan-hutan Melintang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia