Berita Harian

Suspek kes tipu rakyat Malaysia di Kemboja direman empat hari

-

Kuching: Suspek kes penipuan pekerjaan membabitka­n 47 rakyat Malaysia di Kemboja ditahan reman selama empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan kes itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Sarawak, Superinten­dan Mustafa Kamal Gani Abdullah, berkata perintah reman dikeluarka­n oleh Pendaftar Mahkamah Kuching, Dora Undau.

“Perintah reman terhadap suspek diperoleh sehingga 28 Februari ini, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Terdahulu, Mustafa memaklumka­n mengenai tangkapan seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun berhubung kes itu pada jam 3 petang kelmarin.

“Setakat ini, 23 orang tampil membuat laporan polis berkenaan kes terbabit,” katanya.

Pada 11 Disember lalu, 47 warga Malaysia, termasuk 40 berasal dari Sarawak, dan masing-masing tiga dari Sabah serta Selangor, selain seorang dari Kuala Lumpur ditahan dalam serbuan pihak berkuasa di dua rumah berasingan di Poipet dalam Wilayah Banteay Mancheay, kira-kira 446 kilometer ke utara Phnom Penh.

Maklumat, risikan

Difahamkan, serbuan itu atas maklumat risikan mengenai kegiatan perjudian dalam talian di kedua-dua premis berkenaan, sebelum semua individu terbabit ditahan di Penjara Wilayah Banteay Mancheay untuk membantu siasatan.

Bagaimanap­un, hasil rundingan dijalankan dengan kerajaan Kemboja oleh wakil Wisma Putra, kumpulan terbabit dibebaskan sebelum dibawa pulang ke tanah air.

 ?? [FOTO NADIM BOKHARI/BH] ?? Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Kuching, semalam.
[FOTO NADIM BOKHARI/BH] Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia