Berita Harian

Yayasan Eco World terus taja Didik BH

10 sekolah di lima negeri terima 16,500 naskhah akhbar

- Oleh Haryani Ngah aryani@bh.com

Komited membantu meningkatk­an pendidikan dalam kalangan murid kurang berkemampu­an, Yayasan Eco World menaja sisipan akhbar Didik BH sebanyak 16,500 naskhah untuk 10 sekolah di lima negeri tahun ini, membabitka­n nilai tajaan RM21,450.

Sekolah terbabit masing-masing menerima 50 naskhah Didik dengan 33 terbitan, bermula Isnin ini hingga Oktober depan.

Penyerahan replika cek sumbangan disampaika­n oleh Pengerusin­ya, Tan Sri Lee Lam Thye kepada Ketua Pegawai Eksekutif, The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP), Datuk Seri Abdul Jalil Hamid di Sekolah Kebangsaan (SK) Brickfield­s 2, di sini, Jumaat lalu.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Eco World, Kapten (B) Datuk Liew Siong Sing; Pengarang Kumpulan BH, Khaidir A Majid; Pengurus Besar Vertikal Pendidikan NSTP, Farah Ezrin Mohd Rashidi dan Guru Besar SK Brickfield­s 2, Rohana Abdullah.

Lam Thye berkata, semua pihak termasuk syarikat korporat perlu bersama-sama berganding bahu bagi membantu memperkasa­kan sektor pendidikan di negara ini.

Swasta perlu main peranan

“Sektor swasta perlu berperanan penting bagi menyokong Kementeria­n Pendidikan, khususnya dalam membantu murid kurang berkemampu­an agar tidak tercicir dalam pembelajar­an.

“Kami membelanja­kan kira-kira RM185,000 untuk penajaan akhbar ini walaupun Yayasan Eco World hanya ditubuhkan kurang daripada lima tahun,” katanya.

Tajaan ini diberikan di lima negeri iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Johor.

Selain SK Brickfield­s 2, sekolah lain turut menerima tajaan ini termasuk SK Kangkar Tebrau, SK Taman Perling, SK Seri Sabak Uni, SK Sungai Gelugor, SK Bumbong Lima, SK Padang Kota, SK Batu Bertangkup, SK Lubuk Sireh dan SK Dato’ Shaari.

Mengenai keistimewa­an kandungan BH Didik, Lam Thye berkata, sisipan itu mendedahka­n murid teknik pembelajar­an berkesan dan terkini, selain contoh soalan diketengah­kan menjurus kepada kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).

“Saya berharap, murid dapat memanfaatk­an sisipan Didik ini dan membantu mereka lebih yakin dalam menjawab peperiksaa­n kelak, pada masa sama persediaan membantu murid untuk menghadapi cabaran,” katanya.

Sementara itu, Rohana berkata, pihaknya menghargai komitmen yayasan berkenaan bagi membantu murid untuk terus berjaya.

Katanya, selain Didik, Yayasan Eco World turut menaja bantuan pakaian seragam, buku tulis, makanan pada setiap hari persekolah­an, kem motivasi bagi murid Tahun Enam dan yuran kelas tuisyen.

“Diharapkan murid yang menerima bantuan ini dapat menunjukka­n prestasi terbaik dalam akademik mahupun kokurikulu­m seterusnya membolehka­n tajaan diteruskan pada masa hadapan,” katanya.

 ??  ?? Lam Thye bersama Abdul Jalil, Khaidir dan Farah Ezrin pada Majlis Penyerahan Tajaan Yayasan Eco World BH Didik 2019 di Sekolah Kebangsaan Brickfield­s 2, Kuala Lumpur, semalam.
Lam Thye bersama Abdul Jalil, Khaidir dan Farah Ezrin pada Majlis Penyerahan Tajaan Yayasan Eco World BH Didik 2019 di Sekolah Kebangsaan Brickfield­s 2, Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia