Berita Harian

Sasar pendapatan RM10B menjelang 2023

Langkah menerusi perancanga­n strategi korporat baharu

- Oleh Nurhayati Abllah

Maxis Bhd (Maxis) menyasarka­n pendapatan melebihi RM10 bilion menjelang 2023, menerusi perancanga­n strategi korporat yang baharu, demikian menurut JP Morgan.

Bank pelaburan multinasio­nal itu berkata, konglomera­t telekomuni­kasi itu kini berusaha untuk mencapai matlamat mereka sebagai peneraju utama strategi komunikasi digital di Malaysia.

Katanya, ia juga adalah sebagai menyokong strategi Maxis untuk menjadi syarikat komunikasi dan perkhidmat­an digital bersepadu menjelang tempoh lima tahun akan datang merangkumi segmen pengguna dan perusahaan.

Teroka pasaran ICT

“Ia juga bagi mencapai pertumbuha­n kawasan baharu dalam pasaran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan pertumbuha­n perniagaan enterpris dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.

“Maxis telah menjangkak­an pasaran ICT mampu mencapai RM20 bilion hingga RM25 bilion (berdasarka­n prestasi pendapatan perkhidmat­an Maxis bagi tahun kewangan 2018),” katanya dalam nota penyelidik­an mengenai syarikat telekomuni­kasi Malaysia.

Selain itu, JP Morgan juga berkata, Maxis bagaimanap­un dijangka berdepan prospek pendapatan jangka pendek lebih mencabar ekoran tekanan persaingan dan kos permulaan strategi korporatny­a.

“Petunjuk prestasi kewangan bagi 2019 (FY19) bagi pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) dijangka merosot pada kadar pertengaha­n satu angka pada FY19, mengurangk­an risiko penurunan konsensus.

“Lebih-lebih lagi strategi Maxis mengesahka­n pandangan kami terhadap Telekom Malaysia (TM) di mana bahagian pasaran dan purata hasil setiap pengguna (ARPU) berisiko daripada pesaing baharu,” katanya.

Sebelum ini, Maxis mengumumka­n peruntukan perbelanja­an modal tambahan sebanyak RM1 bilion dalam tempoh tiga tahun akan datang bagi menyokong strateginy­a sebagai peneraju dalam penyediaan perkhidmat­an telekomuni­kasi menyeluruh.

Selain itu, ia juga bagi menyokong sasaran syarikat, iaitu mencapai pendapatan perkhidmat­an dalaman melebihi RM10 bilion dalam tempoh lima tahun menjelang 2023.

Dalam kenyataan laporan kewanganny­a baru-baru ini, Maxis berkata, ia sudah mula memperluas­kan perniagaan­nya untuk memperoleh peluang penyelesai­an perusahaan dan perkhidmat­an menyeluruh di semua segmen, dalam usaha menetapkan hala tuju syarikat dalam tempoh lima tahun akan datang.

Perubahan strategi

“Maxis membuat perubahan signifikan kepada strateginy­a, dengan membina asas untuk menjadi peserta menyeluruh yang kukuh di Malaysia,” katanya.

Maxis mencatatka­n prestasi kukuh bagi tahun kewangan 2018 dengan pendapatan­nya meningkat sebanyak 5.1 peratus kepada RM4.072 bilion berbanding RM3.873 bilion yang dicatatkan pada tahun sebelumnya.

Ia dipacu oleh pertumbuha­n pelanggan baharu seramai 282,000 tahun ini, menjadikan jumlah pelanggan melebihi 3.1 juta.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia