Berita Harian

AMANAHRAYA

Mahu tambah pelanggan bukan Bumiputera

- Oleh Sri Ayu Kartika Amri

Amanah Raya Bhd (Amanahraya), berada di landasan tepat untuk meningkatk­an jumlah pelanggan bukan Bumiputera­nya kepada 50 peratus dalam tempoh dua atau tiga tahun lagi.

Pengerusin­ya, Datuk Mohd Nasir Ali, berkata pada masa ini Amanahraya mempunyai kira-kira 30 peratus pelanggan bukan Bumiputera.

Katanya, usaha berterusan sentiasa dilaksanak­an untuk membina, mengukuh dan mengekalka­n jenama Amanahraya sebagai agensi kerajaan yang telah wujud hampir 100 tahun.

“Kami mahu Amanahraya dikenali sebagai pengurus pewarisan yang menjangkau­i semua kaum dan agama di negara ini.

“Amanahraya mempunyai kepakaran sebagai pengurus pewarisan secara holistik tidak hanya secara syariah, malah konvension­al,” katanya kepada media selepas melancarka­n Skrin LED di bangunan Wisma Amanahraya di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Hadir sama, Pengarah Urusan Amanahraya, Adenan Md Yusof.

Didik masyarakat

Mohd Nasir berkata, pengiklana­n digital itu dijangka mampu menjangkau sasaran luas dan mendidik masyarakat Malaysia mengenai kepentinga­n melaksanak­an perancanga­n pewarisan melalui penulisan wasiat, pengurusan amanah dan pentadbira­n pusaka.

Sementara itu, beliau berkata Amanahraya juga bakal membuka cawangan baharu di Teluk Intan dan Putrajaya tahun ini.

“Kami akan meluaskan lagi rangkaian Amanahraya bagi memperkuat­kan lagi pasukan untuk memberi lebih maklumat kepada orang ramai terutama mereka di kawasan luar bandar,” katanya.

 ??  ??
 ?? [ FOTO SAIRIEN NAFIS / BH] ?? Mohd Nasir (tiga dari kanan) dan Adenan (tiga dari kiri) ketika melancarka­n Skrin LED pertama Amanahraya Berhad di Bangunan Wisma Amanahraya, Kuala Lumpur.
[ FOTO SAIRIEN NAFIS / BH] Mohd Nasir (tiga dari kanan) dan Adenan (tiga dari kiri) ketika melancarka­n Skrin LED pertama Amanahraya Berhad di Bangunan Wisma Amanahraya, Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia