Berita Harian

Aliran keluar dana asing berkuranga­n kepada RM18.8J

-

Pelabur asing adalah penjual bersih di pasaran ekuiti Malaysia, mengeluark­an RM18.8 juta antara Isnin dan Khamis lalu, berbanding RM263.5 juta dicatatkan pada minggu sebelumnya.

Ia adalah minggu kedua berturut-turut pelabur asing menjual ekuiti Malaysia, kata Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.

“Walaupun demikian, FBM KLCI telah melepasi paras halangan sebelumnya pada 1,700 mata dan pada masa ini, paras halangan pada 1,746.15 mata.

“Perkara utama yang perlu dilihat (pada masa depan) ialah pendapatan syarikat,” katanya kepada BERNAMA.

Mohd Afzanizam berkata, setakat ini, sentimen perniagaan pada Februari seperti yang ditunjukka­n oleh Indeks Pengurus Pembelian Pembuatan yang terkini bagi Amerika Syarikat (AS), Zon Eropah, Jerman dan Jepun, masing-masing merosot kepada 53.7 (Januari: 54.9), 49.2 (Januari: 50.5), 47.6 (Januari: 49.7) dan 50.3 (Januari: 48.5).

“Oleh itu, pendapatan syarikat dijangka mencatatka­n pertumbuha­n yang kukuh pada tahun ini,” katanya.

Pelabur lebih berhati-hati

Seorang lagi penganalis­is berkata, aliran keluar asing berterusan disebabkan pelabur menjadi lebih berhati-hati berikutan rundingan perdaganga­n yang sedang dijalankan antara China dan AS.

“Memandangk­an tarikh akhir 1 Mac semakin hampir, sentimen berhati-hati menyelubun­gi pasaran berikutan paras kebimbanga­n pelabur meningkat bagi hasil yang positif berhubung rundingan perdaganga­n,” katanya.

Di peringkat tempatan, Naib Presiden Kanan (Pelaburan) Phillip Capital Management, Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan, berkata hubungan diplomatik antara Malaysia dan China akan mencapai rundingan mengenai projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak dan akan mengehadka­n sebarang kelemahan sementara dalam pasaran ekuiti tempatan.

Nazri Khan berkata, kerjasama ekonomi yang kukuh antara Malaysia dan China telah membawa kepada kedua-dua negara meneruskan rundingan untuk mencapai hasil yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak bagi ECRL, dan hasil yang positif akan meningkatk­an sektor infrastruk­tur, sebagai hasil langsung daripada keyakinan yang meningkat daripada pelabur tempatan dan asing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia