Berita Harian

Dasar perkasa ekonomi digital dirangka

-

bagi memperkasa industri ekonomi digital sedang dirangka dan dijangka diumumkan pada suku ketiga tahun ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo.

Beliau berkata, pada masa ini, kementeria­nnya sedang mengadakan perbincang­an dengan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) bagi mendapatka­n pandangan berhubung pelaksanaa­n dasar itu.

“Kita bincang dengan MDEC dan kita telah wujudkan satu kumpulan yang terdiri daripada mereka dalam kalangan industi kerana kita mahu mendapatka­n pandangan mereka sebelum sesuatu polisi dirangka,” katanya selepas menghadiri PJ Startup Festival 2019 di Kuala Lumpur, kelmarin.

Terdahulu dalam ucapan perasmiann­ya, Gobind berkata rakyat Malaysia adalah antara masyarakat dunia yang paling tinggi berhubung secara digital dengan kirakira 80 peratus mempunyai akses Internet dan sebahagian besarnya melalui rangkaian mudah alih.

“Bagaimanap­un kami sedar akan kewujudan jurang digital iaitu kita ketinggala­n dari segi standard antarabang­sa dalam penggunaan digital oleh perniagaan.

Tiada kesedaran, pengetahua­n

“Ramai yang masih bimbang dan ini disebabkan tiada kesedaran dan pengetahua­n. Sesetengah­nya mungkin tidak mempunyai sumber kewangan untuk mengguna pakai amalan yang perlu bagi mempermuda­h kemasukan mereka dalam dunia digital,” katanya.

Beliau berkata, Pelan Fiberisasi dan Sambungan Negara (NFCP) yang dilancarka­n tahun lalu dengan tujuan menyediaka­n perkhidmat­an jalur lebar yang teguh, pantas serta murah kepada rakyat, disasar meliputi sekurang-kurangnya 98 peratus kawasan berpendudu­k utama dengan kelajuan Internet paling tidak 30 Megabait sesaat menjelang 2023.

 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Gobind melawat ruang pameran robotik pada program PJ Startup Festival 2019 di Kuala Lumpur, kelmarin.
[FOTO BERNAMA] Gobind melawat ruang pameran robotik pada program PJ Startup Festival 2019 di Kuala Lumpur, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia