Berita Harian

TEKUN Nasional salur RM24.9J bantu 1,528 usahawan

-

TEKUN Nasional telah menyalurka­n sebanyak RM5.35 bilion pembiayaan perniagaan kepada 553,947 usahawan sejak 1998.

Setakat Januari 2019 TEKUN Nasional telah mengeluark­an pembiayaan kepada 1,528 usahawan berjumlah RM24.9 juta di seluruh negara melalui skim pembiayaan­nya seperti Teman TEKUN, TEKUN Niaga, Kontrak-i, SPUMI dan skim di bawah Program Khas.

Dalam kenyataan dikeluarka­n, TEKUN Nasional berkata, sepanjang 20 tahun beroperasi pelbagai agenda dan program telah dilaksanak­an oleh TEKUN Nasional untuk manfaat rakyat di Malaysia ini khususnya berkaitan perniagaan.

“TEKUN Nasional turut mempelbaga­ikan produk pembiayaan serta kaedah bayaran balik pembiayaan untuk memenuhi keperluan dan memberi pilihan kepada usahawan dalam bidang keusahawan­an,” katanya.

Terima anugerah

Selain itu, TEKUN Nasional juga menerima anugerah Institusi Pembanguna­n Kewangan Terbaik di Asia Pasifik (ADFIAP).

TEKUN Nasional telah menerima pengiktira­fan Plaque of Merit Category Technology Developmen­t di bawah projek ‘TEKUNPAY’ atau Saluran Pembayaran TEKUN.

Anugerah ini diberikan berdasarka­n kepelbagai­an platform kemudahan pembayaran pembiayaan untuk semua usahawan TEKUN Nasional.

Pengerusin­ya, Datuk Sri Mohamad Suparadi Md Noor berkata, anugerah itu adalah pengiktira­fan kepada kepelbagai­an inisiatif TEKUN Nasional terutama dalam kaedah bayaran balik kepada usahawan seiring dengan perubahan dan kehendak semasa.

Anugerah itu adalah pengiktira­fan kepada kepelbagai­an inisiatif TEKUN Nasional terutama dalam kaedah bayaran balik kepada usahawan seiring dengan perubahan dan kehendak semasa” Mohamad Suparadi Md Noor, Pengerusi TEKUN Nasional

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia