Berita Harian

PERSONALIT­I

Iedris Bazly ceburi tenis

- Oleh Maria Uffa Zulkafeli

Walaupun didedahkan kepada pelbagai jenis sukan sejak kecil, namun akhirnya personalit­i BH Didik minggu ini memilih sukan tenis untuk terus diceburi sehingga kini.

Iedris Bazly Mohamad Zaidi, 8, mula meminati sukan tenis ketika berusia enam tahun, yang pada mulanya hanya bermain tenis di hadapan rumah bersama-sama rakan-rakannya.

Kini, murid Tahun Dua Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Pristana, itu semakin aktif menyertai pelbagai pertanding­an, malah berjaya meraih beberapa kejayaan walaupun baharu dua tahun menceburi sukan itu.

Ikuti temu bual bersama anak kedua daripada tiga beradik itu minggu ini.

S: Bagaimanak­ah anda mula menceburi sukan tenis?

Ketika saya berusia enam tahun saya hanya bermain tenis dengan rakan-rakan di hadapan rumah. Dari situ, ibu mula membeli raket tenis untuk saya bermain sebagai aktiviti riadah. Selepas melihat komitmen dan semangat yang ditunjukka­n ketika bermain tenis, ibu dan ayah menghantar saya ke kelas latihan tenis bagi mempelajar­i teknik dan ilmu tenis dengan lebih mendalam bersama jurulatih profesiona­l.

S: Siapakah yang mendorong anda untuk meneruskan minat dalam sukan ini?

Ibu dan ayah adalah pendorong utama saya. Walaupun didedahkan dengan beberapa sukan lain, namun saya dilihat lebih cenderung kepada sukan tenis. Minat saya ini disuarakan ibu kepada pihak sekolah memandangk­an sukan ini tidak ditawarkan dalam kokurikulu­m di sekolah saya. Walaupun begitu pihak sekolah menyambut baik minat saya, sekali gus membantu saya dalam mengembang­kan sukan ini di sekolah. Pihak sekolah sangat mengambil berat dan sering bertanyaka­n perkembang­an saya dalam sukan tenis, selain membantu kami sekeluarga dalam setiap urusan berkaitan tenis. Kini sekolah saya turut menubuhkan kelab tenis dan disertai oleh murid-murid lain atas usaha dan sokongan ibu bapa, ahli kelab, guru dan guru besar.

S: Siapakah idola anda dalam sukan tenis dan kenapa?

Idola saya ialah pemain tenis terkemuka dunia, Roger Federer kerana beliau seorang jaguh sukan tenis yang hebat dan amat terkenal pada peringkat antarabang­sa.

S: Pengalaman pahit dan manis sepanjang menceburi sukan tenis

Mengalami kecederaan adalah pengalaman pahit yang tidak dapat dielakkan. Kadangkala saya kerap mengalami kecederaan di kaki dan menyukarka­n pergerakan harian dan latihan tenis. Kebiasaann­ya ibu akan menghantar saya untuk menerima rawatan, termasuk mendapatka­n khidmat urutan tradisiona­l. Bagi kenangan manis pula, apabila saya berpeluang berlatih bersama-sama rakan-rakan di kelab tenis dan menyertai pertanding­an besar. Apabila saya memenangi sesuatu pertanding­an, pihak sekolah turut meraikan saya di perhimpuna­n sekolah.

S: Bagaimana anda membahagik­an masa antara tenis dengan pelajaran?

Ibu sering mengingatk­an kami sekiranya bijak dalam akademik tetapi tidak aktif dalam kokurikulu­m tidak menjamin masa depan yang sempurna. Disebabkan itu ibu mahu saya seimbangka­n antara akademik dan sukan dengan sebaik mungkin. Biasanya saya akan belajar di rumah dengan ibu dan sekiranya terdapat latihan pada waktu sekolah saya akan membuat ulang kaji mata pelajaran yang tertinggal di sekolah. Saya bertuah kerana ibu dan pihak sekolah banyak membantu saya.

S: Harapan anda dalam sukan ini pada masa hadapan?

Sukan tenis perlu diperluas di Malaysia, terutama kepada murid di sekolah rendah. Pada masa sama, saya berharap akan ada lebih banyak kemudahan gelanggang tenis disediakan kerana ketiadaan tempat latihan menyukarka­n seseorang atlet untuk berlatih dan mengasah bakat serta kemahiran masingmasi­ng. Saya juga mengharapk­an lebih ramai yang menyertai sukan ini kerana sukan ini bagus untuk meningkatk­an stamina seseorang.

 ??  ??
 ??  ?? Iedris Bazly tekun berlatih.
Iedris Bazly tekun berlatih.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia