Berita Harian

Pelbagai program akademik murid Tahun Enam

-

Pihak sekolah menyediaka­n pelbagai program akademik untuk murid Tahun Enam sebagai persiapan menghadapi UPSR nanti.

Guru Besar SK Petaling 2, Encik Razali Muda, berkata terdapat dua jenis program yang disediakan di sekolah iaitu program yang dijalankan secara berterusan dan program yang diadakan untuk musim tertentu terutama menjelang peperiksaa­n.

Beliau berkata, bagi program berterusan, sejak awal tahun lagi murid digalakkan belajar kendiri iaitu secara berkelompo­k bermula jam 7 pagi hingga 7.30 pagi iaitu sebelum waktu persekolah­an bermula.

“Tujuannya murid dapat berbincang dengan rakan sekelas mengenai tugasan sekolah yang diberikan kepada mereka, selain membuat latihan latih tubi soalansoal­an tahun lepas dari negeri lain dan sebagainya.

“Selepas waktu sekolah pula mereka perlu menghadiri kelas tambahan yang diadakan selama dua jam setiap hari, dan empat jam pada hari Sabtu setiap minggu,” katanya.

Encik Razali berkata, sekolah turut menyediaka­n program mentor-mentee iaitu setiap murid akan diberikan guru angkat masing-masing yang boleh menjadi tempat rujukan murid berkenaan ketika berada di sekolah.

Keputusan cemerlang

Katanya, selain itu sekolah juga ada menganjurk­an bengkel teknik menjawab soalan UPSR, program motivasi dan perjumpaan dengan ibu bapa calon UPSR.

“Program ini pada kebiasaann­ya bertujuan memberi pendedahan kepada murid untuk mengetahui teknik menjawab soalan, selain motivasi supaya mereka lebih bersedia untuk menghadapi peperiksaa­n.

“Kita juga turut memberi penekanan kepada murid-murid yang berpotensi dengan cara belajar secara berkelompo­k menerusi program Juara,” katanya.

Encik Razali berharap dengan pengisian program sepanjang tahun dan menjelang peperiksaa­n itu sedikit sebanyak dapat membantu murid meningkatk­an prestasi akademik sekali gus berjaya memperoleh keputusan cemerlang.

Sekolah juga ada menganjurk­an bengkel teknik menjawab soalan UPSR, program motivasi dan perjumpaan dengan ibu bapa calon UPSR” Encik Razali Muda, Guru Besar SK Petaling 2

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia