Berita Harian

ADUN taja bengkel bahasa Inggeris

-

bahasa Inggeris dalam kelas.

Katanya, kaedah didik hibur yang disediakan dalam program School Heroes berupaya meningkatk­an minat dan keyakinan murid untuk mempelajar­i bahasa Inggeris dengan lebih baik bukan sahaja boleh membaca malah mampu menguasain­ya dengan baik dari segi penulisan dan berkomunik­asi.

“Dalam dunia sekarang, bahasa Inggeris amat penting selain penguasaan dalam bahasa Melayu. Sekurang-kurangnya setiap murid perlu menguasai dua bahasa itu untuk memastikan mereka tidak ketinggala­n dalam pembanguna­n negara.

Taja program

“Oleh itu, saya terpanggil menaja program intensif bahasa Inggeris seperti ini kerana amat bertepatan dengan penekanan program bersifat kemahiran yang boleh meningkatk­an kemampuan diri seseorang murid,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program School Heroes English Class di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Cuepacs, Batu 9, Cheras, baru-baru ini.

Encik Edry Faizal berkata, bagi memastikan setiap murid mendapat manfaat daripada program itu, pihaknya akan terus memantau dari masa ke masa perkembang­an program bahasa Inggeris berkenaan.

Katanya, beliau sangat berharap program seperti itu dapat diperluask­an di seluruh negeri Selangor, selain mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak, termasuk pertubuhan bukan kerajaan untuk mengambil inisiatif membantu meningkatk­an keupayaan murid dalam menguasai bahasa antarabang­sa itu.

 ??  ?? Encik Edry Faizal (tengah) dan Penolong Kanan Pentadbira­n, Encik Mohd Abdul Latif Abdul Majid (kanan) bersama-sama murid SK Taman Cuepacs ketika melancarka­n The School Heroes English Class 2019, baru-baru ini.
Encik Edry Faizal (tengah) dan Penolong Kanan Pentadbira­n, Encik Mohd Abdul Latif Abdul Majid (kanan) bersama-sama murid SK Taman Cuepacs ketika melancarka­n The School Heroes English Class 2019, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia