Berita Harian

Pasaran kekalkan aliran kenaikan

-

ini adalah yang tertinggi dalam seminggu sejak bulan Mei 2018.

Kaunter untung mengatasi kaunter rugi setiap hari minggu lalu, kecuali pada hari Jumaat. Paras rintangan seterusnya adalah pada paras 1,750.

Kaunter-kaunter yang mencecah 52 minggu tertinggi ialah KKB ENGINEERIN­G BHD (RM1.12), KELINGTON GROUP BHD (RM1.31), TPC PLUS BHD (RM0.445), SELANGOR PROPERTIES BHD (RM6.22), PJBUMI BHD (RM0.25), ALLIANZ MALAYSIA BHD (RM14.48), GUAN CHONG BHD (RM3.8), KECK SENG (MALAYSIA) BHD (RM4.98).

Untuk pergerakan harian, pada hari Isnin, FBM KLCI naik 3.91 mata untuk ditutup pada 1,692.74. Pasaran saham di China mencatatka­n keuntungan terbesar di Asia pada hari itu dan pasaran saham utama yang lain di rantau ini juga turut positif, dengan perbincang­an perdaganga­n antara Amerika Syarikat (AS) dan China yang akan di teruskan di Washington pada minggu ini selepas mesyuarat peringkat tertinggi di Beijing tamat pada minggu sebelumnya.

Jumlah dagangan jatuh ke 2.751 bilion dan nilai pasaran menurun kepada RM1.653 bilion. Indeks Bursa ditutup lebih tinggi kecuali Pengangkut­an dan Logistik, Pembinaan, Utiliti dan Perladanga­n.

Kaunter untung termasuk AEONCR (RM17.14, +RM0.64), KOSSAN (RM4.00, +RM0.20),

MAGNI (RM4 .65, +RM0.18), SERBADK (RM3.97, +RM0.13), TONGHER (RM4.22, +RM0.12), DUFU (RM1.83, +RM0.10),

DIALOG (RM3.24, +RM0.09), DRBHCOM (RM1.80, +RM0.06) dan TEOSENG (RM1. 27, +RM0.06).

Kaunter rugi termasuk ARMADA (RM0.225, -RM0.01),

JAG (RM0.055, -RM0.025),

SHANG (RM5.66, -RM0.12), LCTITAN (RM4.48, -RM0.11), PESTECH (RM1.21, -RM0.04),

IOIPG (RM1.57, -RM0.04) dan CARIMIN (RM0.82, -RM0.04).

Pada hari Selasa, FBM KLCI melonjak 13.82 mata untuk ditutup pada 1,706.56. Pasaran Saham di Asia ditutup bercampur-campur pada hari itu selepas ketegangan geopolitik yang terbaru, di mana China menuduh AS mengapi-apikan kebimbanga­n mengenai keselamata­n siber. Jumlah dagangan meningkat kepada 2.807 bilion dan nilai pasaran meningkat kepada RM2.364 bilion. Semua Indeks Bursa ditutup lebih tinggi.

Kaunter naik termasuk,

HEIM (RM22.60, +RM0.60),

PCHEM (RM8.90, +RM0.33), TENAGA (RM13.32, +RM0.32), HLIND (RM9 .70, +RM0.28), MI (RM2.68, +RM0.22), HENGYUAN (RM5.37, +RM0.16), TOPGLOV (RM5.14, +RM0.15) , MMCCORP (RM1.02, +RM0.125), WPRTS (RM4.00, +RM0.12), RANHILL (RM1.39, +RM0.12), PADINI

(RM3.46 , +RM0.11) dan

IOICORP (RM4.68, +RM0.11).

Kaunter rugi termasuk

GCB (RM3.35, -RM0.15), HSSEB (RM0.955, -RM0.085), TNLOGIS (RM0.63, -RM0.08), SSTEEL

(RM0. 82, -RM0.075), TADMAX (RM0.245, -RM0.04), dan

MASTEEL (RM0.47, -RM0.035).

Pada hari Rabu, FBM KLCI melonjak 19.62 mata untuk ditutup pada 1,726.18. Pasaran saham utama Asia kebanyakan ditutup lebih tinggi pada hari itu, selepas Presiden AS, Donald Trump memberi isyarat sekali lagi bahawa tarikh akhir dagangan pada bulan Mac mungkin akan ditangguhk­an.

Jumlah dagangan meningkat kepada 3.823 bilion dan nilai pasaran meningkat kepada RM3.267 bilion. Semua Indeks Bursa ditutup lebih tinggi.

Kaunter untung termasuk F&N (RM35.90, +RM0.90), PPB (RM18.92, +RM0.60), HENGYUAN (RM5.66, +RM0.29), POS (RM2.20, +RM0.25), AIRASIA (RM3.14, +RM0.19) , IJM (RM1.98, +RM0.08), NAIM (RM0.775, +RM0.07), YTL (RM1.15, +RM0.07), VELESTO (RM0.26 , +RM0.025) dan GAMUDA (RM3.10, +RM0.20).

Kaunter rugi termasuk

FPI (RM1.94, -RM0.07).

Pada Hari Khamis, FBM KLCI naik 4.50 mata untuk ditutup pada 1,730.68. Pasaran Saham di Asia ditutup bercampur-campur pada hari itu selepas penurunan pada sessi awal dagangan selepas pelabur mencerna data yang di keluarkan oleh Rizab Persekutua­n.

Jumlah dagangan jatuh ke

3.710 bilion dan nilai pasaran juga menurun kepada RM3.000 bilion. Indeks Bursa ditutup bercampur-campur.

Kaunter untung termasuk BAT (RM37.30, +RM1.12), HENGYUAN (RM6.10, +RM0.44), IWCITY (RM0.59, +RM0.105), AIRASIA (RM3.29, +RM0.15), GCB (RM3.70, +RM0.14), TM (RM3.09, +RM0.12), IOIPG (RM1.67, +RM0.07), JAKS (RM0.635, +RM0.065) dan

ELSOFT (RM1.22, +RM0.06).

Kaunter rugi termasuk

IOICORP (RM4.58, -RM0.15), TEOSENG (RM1.24, -RM0.08), GTRONIC (RM1.97, -RM0.07), dan NAIM (RM0.74, -RM0.035).

FBM KLCI turun 9.26 mata untuk ditutup pada 1,721.42. Dalam kalangan pasaran saham utama Asia, pasaran saham di tanah besar China mencatatka­n keuntungan yang tertinggi pada hari terakhir minggu dagangan.

Jumlah dagangan jatuh kepada 2.668 bilion dan nilai pasaran menurun kepada RM2.335 bilion. Indeks Bursa ditutup rendah kecuali REIT. Kaunter untung termasuk KSSC (RM0.465, +RM0.125), HSSEB (RM1.11, +RM0.11), GCB (RM3.80, +RM0.10), TEOSENG (RM1 .32, +RM0.08), IWCITY (RM0.63, +RM0.04), dan EFORCE (RM0.555, +RM0.025).

Kaunter rugi termasuk PETRONM (RM6.89, -RM0.60), TOPGLOV (RM4.83, -RM0.27),

MPI (RM10.00, -RM0.22), AIRASIA (RM3.13, -RM0.16), PHARMA (RM2.61, -RM0.15), FPI (RM1.85, -RM0.15), HARTA (RM5.25,

-RM0.13) INARI (RM1.50, -RM0.11), DIALOG (RM3.25, -RM0.07), SUPERMX (RM1.61, -RM0.06),

FGV (RM1.25, -RM0.04) dan VS (RM0.985, -RM0.035).

Inflasi Malaysia, seperti yang diukur oleh indeks harga pengguna (CPI), turun 0.7% pada Januari 2019 berbanding tahun sebelumnya terutamany­a disebabkan oleh penurunan dalam komponen pengangkut­an, Penurunan ini adalah yang pertama sejak November 2009 apabila CPI turun 0.1%.

Komponen pengangkut­an jatuh 7.8% disebabkan oleh kos bahan api yang lebih murah. Makanan dan minuman bukan alkohol terus meningkat pada Januari 2019 sebanyak 1.0% kepada 132.9 berbanding dengan 131.6 pada bulan yang sama tahun sebelumnya. Makanan & minuman bukan alkohol menyumbang 29.5% kepada pengiraan CPI , gas dan bahan api lain juga menunjukka­n peningkata­n sebanyak 2.0%, diikuti restoran dan hotel (+1.2%), minuman beralkohol dan tembakau (+1.1%) dan pendidikan (+ 0.9%).

Rizab antarabang­sa Bank

Negara Malaysia (BNM) meningkat sebanyak 0.2% kepada AS $102.3 bilion pada 15 Februari tahun ini, daripada AS$102.1 bilion yang dicatatkan pada 31 Januari. BNM berkata, kedudukan rizab adalah mencukupi untuk membiayai 7.3 bulan import tertangguh dan seakli kali hutang luar negara jangka pendek.

Bahagian rizab yang terbesar, iaitu mata wang asing, kekal pada AS$96.3 bilion, sementara kedudukan rizab Dana Kewangan Antarabang­sa juga tidak berubah pada AS$900 juta. Hak pengeluara­n khas juga kekal pada AS$1.1 bilion dan emas pada AS$1.6 bilion.

Aset rizab lain naik sedikit, kepada AS$2.4 bilion daripada AS$2.2 bilion sebelumnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia