Berita Harian

MINYAK MENTAH

-

Harga minyak menyusut pada paras tertinggi sejak pertengaha­n November, pada Jumaat dan mencatatka­n kenaikan bagi minggu kedua berturut-turut.

Prestasi itu didorong oleh harapan perbincang­an perdaganga­n Amerika Syarikat (AS) dan China akan berakhir dengan perjanjian meskipun rekod baharu bekalan minyak AS adalah terhad.

Niaga hadapan minyak mentah Brent mencecah AS$67.73 setong, paras tertinggi 2019.

Penanda aras global itu jatuh 5 sen untuk ditutup pada AS$67.12 setong. Brent naik 1.2 peratus pada minggu lalu.

Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermedia­te (WTI) AS naik 30 cents untuk berakhir pada AS$57.26 setong, selepas mencecah AS$57.81 setong pada awal Jumaat lalu, iaitu paras tertinggin­ya untuk tahun ini.

WTI merekodkan kenaikan tiga peratus dan mencapai harga penutup paling kukuh pada 2019.

Perunding perdaganga­n dari AS dan China mengadakan pertemuan pada Jumaat untuk membincang­kan satu tarikh penyelesai­an bagi dua pihak mengenai isu perdaganga­n.

Presiden AS, Donald Trump mengadakan pertemuan Timbalan Perdana Menteri China, Liu He di Pejabat Oval pada Jumaat.

“Harga minyak serta pasaran saham telah meningkat berikutan persetujua­n As-china untuk menyelesai­kan perjanjian perdaganga­n,” kata Presiden Lipow Oil Associates di Houston, Andy Lipow.

Selain itu katanya, pihaknya melihat pengetatan bekalan minyak di seluruh dunia hasil daripada pemotongan pengeluara­n Pertubuhan Negara Pengekspor­t Petroleum (OPEC) dan bukan OPEC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia