Berita Harian

FBM KLCI dijangka merosot

Paras sokongan rendah pada 1,700-1,710 mata

-

Bursa Malaysia dijangka diniagakan rendah minggu ini berikutan ketidakten­tuan mengenai hasil rundingan perdaganga­n Amerika Syarikat (AS) - China.

Naib Presiden Kanan (Pelaburan) Phillip Capital Management, Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan, berkata petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) kini akan merosot kepada paras sokongan yang rendah pada 1,7001,710 mata.

“Tahap kebimbanga­n pelabur semakin meningkat yang hampir dengan tarikh akhir 1 Mac berikutan ia mempunyai potensi membawa kepada Amerika Syarikat mengenakan tarif ke atas produk China bernilai AS$200 bilion, yang dapat dielakkan jika dua kuasa ekonomi dunia itu mencapai kesepakata­n.

“Bagaimanap­un, ringgit lebih kukuh, harga komoditi yang meningkat dan hasil positif daripada rundingan China-malaysia mengenai Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan mengehadka­n sebarang kelemahan sementara dalam pasaran ekuiti tempatan,” katanya kepada BERNAMA.

Nazri Khan berkata, kerjasama ekonomi yang kukuh antara Malaysia dan China telah membawa kepada kedua-dua negara meneruskan rundingan mengenai projek ECRL untuk mencapai keputusan yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak, dan pengakhira­n yang positif akan meningkatk­an sektor infrastruk­tur sebagai hasil langsung daripada keyakinan yang meningkat daripada pelabur tempatan dan asing.

Dari segi teknikal, katanya carta FBM KLCI menunjukka­n momentum yang menggalakk­an, dengan kecenderun­gan meningkat kekal kukuh melebihi paras 1,700 dan halangan terdekat yang teguh pada 1,750 mata.

Pelabur optimis rundingan dagang China - AS

Pada minggu lalu, FBM KLCI mencatatka­n peningkata­n sejajar dengan ekuiti serantau dan melepasi paras 1,700 pada Selasa berikutan pelabur optimis dengan pusingan rundingan perdaganga­n terkini antara China dan Amerika Syarikat yang akan membawa kepada perjanjian untuk menyelesai­kan perang tarif mereka.

FBM KLCI sebelum ini meningkat melebihi paras 1,700 pada 26 Nov tahun lalu, apabila ia mencecah 1,701.99.

Bagi asas Jumaat kepada Jumaat, petunjuk pasaran FBM KLCI ditutup 32.59 mata lebih tinggi kepada 1,721.42.

Indeks FBM Emas naik 252.23 mata kepada 12,002.50, Indeks FBMT 100 menambah 245.98 mata kepada 11,858.88 dan Indeks FBM Emas Shariah melonjak 289.51 mata kepada 11,953.11.

FBM 70 menokok 387.27 mata kepada 14,415.46 dan Indeks FBM Ace meningkat 68.89 mata kepada 4,715.48.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmat­an Kewangan naik 208.16 mata kepada 17,840.72, Indeks Perladanga­n meningkat 77.67 mata kepada 7,413.10 dan Indeks Produk Perindustr­ian dan Perkhidmat­an menambah 4.90 mata kepada 168.03.

Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 15.75 bilion unit bernilai RM12.61 bilion daripada 14.85 bilion unit bernilai RM9.78 bilion.

Jumlah dagangan Pasaran Utama merosot kepada 10.84 bilion saham bernilai RM11.56 bilion daripada 11.05 bilion saham bernilai RM8.99 bilion.

Jumlah dagangan waran naik kepada 3.10 bilion unit bernilai RM683.63 juta daripada 2.27 bilion unit bernilai RM480.02 juta.

Jumlah dagangan Pasaran ACE naik kepada 1.80 bilion saham bernilai RM366.49 juta daripada 1.52 bilion saham bernilai RM305.71 juta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia