Berita Harian

Kenaikan kukuh di China pulihkan saham

-

Saham Asia kembali pulih pada Jumaat lalu, disokong oleh kenaikan kukuh di China berikutan petunjuk ada kemajuan dalam perbincang­an perdaganga­n dengan Amerika Syarikat (AS) mengimbang­i kebimbanga­n berhubung prospek ekonomi global yang merosot.

Nikkei Jepun berakhir 0.2 peratus lebih rendah selepas data menunjukka­n inflasi pengguna utama meningkat tetapi kekal jauh daripada sasaran dua peratus oleh bank pusat.

Saham Australia menambah 0.5 peratus dan KOSPI Soeul KS11 berakhir naik 0.1 peratus.

Indeks meluas MSCI saham Asia Pasifik di luar Jepun menjejaki pasaran di 47 negara, dengan hampir 0.1 peratus lebih tinggi.

Ia sekali gus merekodkan kenaikan bagi tempoh dua minggu.

Selesai perjanjian sebelum 1 Mac

Pegawai China dan AS mengharapk­an rundingan baharu yang bermula di Beijing pada Isnin, yang diharapkan mampu mengurangk­an perang perdaganga­n sejak sekian lama.

Beijing dan Washington cuba untuk menyelesai­kan perjanjian berkenaan sebelum 1 Mac, yang mana tarif AS bernilai AS$200 bilion terhadap produk China dijangka meningkat kepada 25 peratus daripada 10 peratus.

Pelabur melihat petunjuk berhubung kemajuan pusingan rundingan terkini antara AS dan China, di tengah-tengah jangkaan bahawa Presiden AS, Donald Trump akan menemui Presiden China, Xi Jinping bulan depan untuk memuktamad­kan perjanjian.

Pada Selasa lalu, Trump berkata, rundingan berlangsun­g dengan baik dan beliau terbuka untuk mengubah tarikh akhir untuk menyelesai­kan rundingan dengan mengatakan 1 Mac bukanlah tarikh yang ‘ajaib’.

 ?? [FOTO HIASAN] ?? China dan AS mengharapk­an rundingan baharu mampu mengurangk­an perang perdaganga­n sejak sekian lama.
[FOTO HIASAN] China dan AS mengharapk­an rundingan baharu mampu mengurangk­an perang perdaganga­n sejak sekian lama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia