Berita Harian

20 murid Orang Asli terima baju sukan, buku latihan

ADUN Kota Laksamana serah bantuan peribadi ketika lawat sekolah

- Oleh Nur Saliawati Salberi

Kegembiraa­n jelas terpancar pada wajah 20 murid Orang Asli di Sekolah Kebangsaan (SK) Perempuan Methodist 1, Tengkera, di sini, selepas menerima bantuan pakaian sukan dan buku latihan, kelmarin.

Keadaan murid Tahun Satu terbabit yang tidak mampu membiayai keperluan itu mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Laksamana, Low Chee Leong, sehingga menghulurk­an sumbangan peribadi RM1,200 bagi membantu mereka.

Chee Leong yang juga EXCO Kesihatan dan Antidadah negeri berkata, terdahulu beliau ke sekolah itu bagi menyampaik­an sumbangan Bantuan Awal Persekolah­an 2019 sebelum dimaklumka­n situasi murid terbabit.

Tiada baju ikuti pendidikan jasmani

Beliau berkata, tanpa pakaian sukan, murid berkenaan tidak dapat mengikuti aktiviti pendidikan jasmani kerana dikhuatiri akan mengotorka­n pakaian seragam sekolah mereka.

“Mereka dikatakan tidak mampu membeli pakaian diperlukan untuk pendidikan jasmani, sehingga tidak dapat menyertai rakan lain bersukan.

“Difahamkan dua daripada mereka ada menerima pakaian sukan terpakai daripada rakan sekelas,” katanya.

Chee Leong berkata, sumbangan peribadi itu juga bertujuan membantu semua murid mendapatka­n buku latihan.

“Walaupun sudah menjelang akhir Februari, mereka masih tiada buku latihan dan dikhuatiri akan ketinggala­n dalam pelajaran jika dibiarkan terlalu lama.

“Apabila tiada buku latihan, sudah pasti mereka tidak dapat membuat rujukan dan kerja rumah diberikan oleh guru,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, bantuan itu diharap dapat memberi semangat dan motivasi kepada murid Orang Asli untuk belajar bersungguh­sungguh.

“Kita juga mahu mereka tahu bahawa kerajaan negeri mengambil berat kebajikan Orang Asli,” katanya.

 ??  ?? Low Chee Leong
Low Chee Leong

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia