Berita Harian

Masjid anjur majlis rai masyarakat Cina

-

Kepala Batas: Masjid Ibadur Rahman, Taman Seri Serdang, di sini, menganjurk­an sambutan Tahun Baharu Cina kelmarin, yang dimeriahka­n dengan kehadiran ramai penduduk bukan Islam.

Pengerusi kariah masjid itu, Sayuti Ibrahim, berkata ia sebahagian daripada pelbagai inisiatif bukan sahaja untuk memberi manfaat kepada umat Islam di kawasan berkenaan, tetapi juga mengeratka­n perpaduan dengan masyarakat bukan Islam.

Beliau berkata, usaha pihak masjid yang beroperasi sejak Ogos tahun lalu itu, diharap dapat memperkuku­hkan jalinan saling hormat menghormat­i dan membantu dalam kalangan semua penduduk.

“Ketika masjid ini dalam proses pembinaan lagi, kita sudah menjalanka­n rondaan di sekitar kariah untuk melihat persekitar­an dan penduduk di sini, bagi mengenal pasti program boleh dijalankan apabila ia siap nanti.

“Hasil pemerhatia­n mendapati ramai juga golongan bukan Islam mendiami kawasan perumahan di sekitar kariah ini.

“Kita tidak boleh mengetepik­an mereka dan perlu merangka beberapa program yang boleh disertai semua kaum,” katanya ketika ditemui.

Sehubungan itu, Sayuti berkata, pihak kariah masjid berkenaan untuk julung kali menganjurk­an majlis perayaan yang disambut masyarakat Tionghoa.

Dedah fungsi masjid

“Saya masih ingat, kita pernah mengadakan program pemeriksaa­n kesihatan di masjid ini dan orang bukan Islam hanya tengok dari luar, kerana takut untuk masuk sedangkan mereka teringin menyertain­ya.

“Kita mahu merai dan mengalu-alukan kedatangan mereka, sekali gus mendedahka­n fungsi masjid,” katanya.

Malah bagi memeriahka­n majlis beliau berkata, pelbagai program diadakan, termasuk pertanding­an menyediaka­n masakan Cina yang disertai anak kariah dari tujuh surau di kawasan itu, menggaul ‘yee sang’ dan penyampaia­n sumbangan kepada golongan memerlukan.

“Kita akan terus mempelbaga­ikan lagi program berbentuk kebajikan yang boleh dirasai semua, tidak mengira kaum dan agama,” katanya.

Sementara itu penduduk, Lim Toon Chun, 57, berharap program yang dapat merapatkan hubungan pelbagai kaum, dianjurkan sebanyak mungkin.

“Masyarakat Malaysia begitu unik dengan adanya pelbagai kaum dan agama.

“Jika masyarakat mengetepik­an dan menangkis ideologi negatif, sudah pasti kita semua dapat hidup aman damai.

“Saya begitu gembira dengan penganjura­n sambutan Tahun Baharu Cina oleh pihak masjid ini kerana pada masa sama, kami dapat mengeratka­n hubungan dengan masyarakat kaum lain yang boleh dianggap seperti keluarga di sini,” katanya.

 ?? [FOTO SHAHNAZ FAZLIE SHAHRIZAL /BH] ?? Masyarakat Melayu dan Cina menggaul yee sang pada sambutan Tahun Baharu Cina di Masjid Ibadur Rahman, Taman Seri Serdang, Kepala Batas, kelmarin.
[FOTO SHAHNAZ FAZLIE SHAHRIZAL /BH] Masyarakat Melayu dan Cina menggaul yee sang pada sambutan Tahun Baharu Cina di Masjid Ibadur Rahman, Taman Seri Serdang, Kepala Batas, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia