Berita Harian

UDA serah zakat RM500,000 bangunkan masjd

Projek CSR syarikat tumpu usaha bantu ummah setempat

- Oleh Mohd Fahmi Mohd Yusof

Syarikat hartanah dan pengurusan aset serta fasiliti, UDA Holdings Berhad (UDA) semalam, menyumbang­kan zakat bernilai RM500,000 bagi pembanguna­n masjid di Bandar Uda Utama di sini.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Ahmad Abu Bakar, berkata sumbangan zakat berkenaan adalah program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) sebagai membantu dan membangunk­an masyarakat setempat.

Peruntukan RM4 juta

Katanya, UDA memperuntu­kkan RM4 juta zakat dan daripada jumlah itu, RM1.5 juta sudah dikembalik­an untuk disalurkan kepada penerima yang layak dalam kawasan pembanguna­n UDA.

“Menumpukan pembanguna­n ummah setempat, UDA menyalurka­n zakat bagi pembanguna­n masjid ini, iaitu satu daripada kawasan pembanguna­n UDA di zon selatan.

“Sumbangan zakat kepada masjid ini diharap dapat membangunk­an ummah setempat, khususnya di Bandar Uda Utama dan bakal memudahkan penduduk sekitar untuk menjalanka­n ibadah serta kegiatan kemasyarak­atan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan zakat RM500,000 kepada Pengerusi Pembinaan Masjid Bandar Uda Utama, Kamarudin Bujang di Surau anNur Bandar Uda Utama di sini, semalam.

Ahmad berkata, UDA sudah mula bertapak di bandar raya ini sejak 1976 bermula dengan pembanguna­n Bandar Baru Uda dan sehubungan itu, pihaknya terpanggil memberi sumbangan bagi pembanguna­n masjid itu selepas lebih empat dekad bertapak di sini.

Terdahulu, Ahmad bersama barisan kakitangan dan pegawai dari UDA dibawa melawat sekitar tapak pembinaan bagi melihat perkembang­an pembanguna­n masjid berkenaan, yang sudah 90 peratus dibina dan dijangka beroperasi sepenuhnya pada bulan hadapan.

Kos keseluruha­n pembanguna­n masjid di atas tapak seluas 0.85 hektar berkenaan dianggarka­n bernilai RM4 juta.

 ?? [FOTO HAIRUL ANUAR RAHIM /BH] ?? Ahmad (tiga dari kanan) menyerahka­n replika cek kepada Kamarudin di Surau an-nur Bandar Uda Utama di Johor Bahru, semalam.
[FOTO HAIRUL ANUAR RAHIM /BH] Ahmad (tiga dari kanan) menyerahka­n replika cek kepada Kamarudin di Surau an-nur Bandar Uda Utama di Johor Bahru, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia