Berita Harian

Enam rumah rosak dibadai angin pusar

-

Kluang: Enam keluarga di kawasan perumahan di Jalan Sawi di sini, berdepan detik cemas apabila kediaman mereka dibadai angin berpusar selama lima minit, kelmarin.

Akibat kejadian pada jam 12.50 tengah hari itu, keluarga terbabit masing-masing kerugian antara RM500 hingga RM2,000 berikutan sebahagian bumbung kediaman mereka rosak dan perlu diganti segera.

Tumiran Kassim, 68, berkata kejadian berlaku ketika beliau bersama keluarga sedang berehat di rumah.

Beliau berkata, ketika bersiap-siap untuk menunaikan solat Zuhur, beliau tiba-tiba terdengar bunyi deruan kuat dari sebelah kiri rumah, sebelum melihat pusaran angin menerbangk­an atap zink kediamanny­a.

Bumbung rumah tercabut

“Pusaran angin itu kemudian terus membadai beberapa kediaman jiran berdekatan, termasuk sebuah rumah kosong yang keseluruha­n bumbungnya musnah.

“Mujur kejadian itu hanya berlaku sekejap. Jika tidak, pasti lebih banyak lagi kediaman mengalami kerosakan,” katanya ketika ditemui di kediamanny­a, semalam.

Seorang lagi penduduk, Salmi Satari, 64, berkata ketika kejadian, beliau berada di rumah jirannya untuk membantu persiapan majlis perkahwina­n.

Katanya, beliau dapat melihat dengan jelas pusaran angin berkenaan, namun tidak menyangka rumahnya turut rosak akibat kejadian itu.

“Sebaik kejadian berakhir, jiran sebelah rumah datang memaklumka­n bahawa sebahagian bumbung bahagian dapur diterbangk­an pusaran angin itu.

“Apabila pulang ke rumah, saya mendapati ruang dapur berselerak dipenuhi siling pecah, akibat ditimpa bumbung yang diterbangk­an,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia