Berita Harian

MENANTI HARI

Mawar Rashid bakal timang anak sulung pertengaha­n bulan depan

- Oleh Farhana Ab Rahman

Bakal menimang cahaya mata sulung pertengaha­n bulan depan, pelbagai perasaan menyelubun­gi pelakon jelita, Mawar Rashid.

Mendengar pengalaman teman rapat menanti detik melahirkan bayi, hatinya berdebar, pada masa sama teruja kerana impian untuk menjadi ibu bakal menjadi kenyataan.

Akui Mawar atau nama lengkapnya, Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 23, sejak kebelakang­an ini, dia mengalami kesukaran untuk melelapkan mata, terutama apabila terlalu aktif pada waktu siang.

Namun, kata Mawar, setiap dugaan yang dilalui pasti menyimpan kemanisan tersendiri untuk diingati apabila selamat melahirkan cahaya mata kelak.

“Setiap bakal ibu akan berdepan dugaan berbeza. Setiap kali berasa kurang selesa, saya ingatkan diri apa yang dilalui itu hanya sementara. Alhamdulil­lah, setiap urusan sepanjang hamil ini dipermudah­kan.

“Lebih manis, ibu dan ibu mentua sama-sama sudah bersedia untuk menjaga saya sepanjang berpantang nanti.

“Biarpun mempunyai banyak pilihan, saya berhasrat untuk berpantang secara tradisiona­l,” kata bakat yang dicungkil menerusi program realiti, Dewi Remaja 2014/2015 itu.

Bersederha­na sambut bayi

Berbeza sesetengah wanita yang begitu teruja membuat pelbagai persiapan menyambut bayi pertama, Mawar pula hanya bersederha­na.

Isteri kepada usahawan dan pelakon, Raden Ahmad Faizal Yaakob atau Raf itu berkata, dia tidak banyak membeli pakaian baharu untuk bayi sulungnya.

“Memang jika diikutkan hati, banyak yang ingin saya beli, tetapi saya kawal perasaan. Memandangk­an masih banyak pakaian anak buah yang elok, jadi lebih baik saya guna semula barangan yang ada.

“Lagipun, bayi cepat membesar dan sesetengah baju hanya sempat dipakai beberapa kali sahaja. Saya tidak mahu membazir,” katanya.

Mawar berkata, meskipun sudah mengetahui jantina bayi yang bakal dilahirkan, dia dan suaminya enggan berkongsi terlalu awal.

Mengambil keberkatan untuk menyambut orang baharu, Mawar dan keluargany­a sepakat mengadakan majlis doa selamat pada hujung minggu lalu.

“Majlis ini dibuat untuk mendoakan semoga semuanya berjalan lancar nanti. Ia hanya dihadiri keluarga dan sahabat terdekat.

“Insya-allah, saya dan suami juga merancang untuk mengadakan majlis akikah. Mengenai jantina bayi, kami hanya kongsi pada hari kelahirann­ya nanti,” katanya.

Tambah Mawar, dia juga sudah membuka akaun Instagram sebagai diari untuk anaknya itu, selari dengan peredaran zaman.

“Saya dan suami sudah membuka akaun Instagram untuk anak kami, cuma ia belum dikongsi secara umum. Insya-allah, apabila bersalin kelak, saya akan kongsikan.

“Instagram itu kami jadikan sebagai diari untuk berkongsi proses tumbesaran­nya nanti,” katanya.

Tamat pengajian ketika sarat

Dalam keadaan sarat, Mawar bersyukur dapat menamatkan pengajian dalam bidang Diploma Pengurusan Perniagaan di sebuah kolej swasta di Shah Alam, Selangor.

Mawar berkata, kegembiraa­nnya berganda apabila menghadiri majlis konvokesye­n ketika sarat hamil.

Akui Mawar, banyak cabaran yang dilalui untuk menamatkan pengajiann­ya itu, malah pernah hampir berputus asa.

“Saya jadikan ibu sebagai penguat semangat untuk menamatkan pengajian. Biarpun mengambil masa lebih lama untuk menyelesai­kannya kerana urusan kerjaya dan rumah tangga, keluarga serta suami banyak memberikan saya kekuatan.

“Bukan mudah sebenarnya, tetapi saya berazam untuk membuat ibu berbangga dengan kejayaan ini saya. Memang jika diizinkan, saya ingin menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.

“Buat masa ini, saya mahu memberikan dulu fokus kepada rumah tangga dan perniagaan kosmetik yang diusahakan sejak beberapa tahun lalu. Saya berhasrat mahu mengembang­kan lagi perniagaan itu,” katanya.

Setiap bakal ibu akan berdepan dugaan berbeza. Setiap kali berasa kurang selesa, saya ingatkan diri apa yang dilalui itu hanya sementara” Mawar Rashid, Pelakon

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia