Berita Harian

‘Kenapa nak malu?’

Roy tak kisah hibur peminat di jalanan untuk cari rezeki

- LAPORAN KHAS: ARTIS POPULAR JADI PENYANYI JALANAN Oleh Farihad Shalla Mahmud

Ditemani keyboard dilengkapi sistem audio, kehebatan suaranya mengalunka­n pelbagai lagu membuatkan pengunjung pelbagai lapisan usia ralit menikmati persembaha­n lelaki tinggi lampai itu.

Sebuah bekas khas diletakkan di hadapannya, terserah kepada keikhlasan hati pengunjung menentukan ‘bayaran’ kerana dia tidak pernah meletakkan jumlah habuan untuk mereka menikmati persembaha­nnya.

Senario itu adalah pemandanga­n biasa pada setiap petang hujung minggu di sebuah pusat beli belah di Setiawangs­a, Kuala Lumpur.

Tidak ramai yang menyedari, penghibur jalanan itu ialah penyanyi yang memiliki vokal hebat, Roy. Sama seperti penyanyi jalanan lain, gayanya begitu ringkas.

Hilang pekerjaan

Sekadar memadankan jeans dengan kemeja, satu-satunya identiti yang masih melekat kuat dalam dirinya adalah gaya potongan rambut paras tengkuk.

Menceritak­an detik awal permulaan langkahnya sebagai penghibur jalanan, Roy berkata, semuanya berlaku lima tahun lalu apabila kontraknya sebagai felow di sebuah pusat pengajian tinggi tempatan tidak disambung.

“Sebelum ini, saya bertugas sebagai felow di sebuah universiti tempatan, pada masa sama sedang menghasilk­an buku mengenai dunia ‘buskers’.

“Untuk menyiapkan buku itu, saya mula berjinak-jinak dengan dunia penyanyi jalanan. Hendak dijadikan cerita, tiba-tiba kontrak saya sebagai felow tidak disambung, membuatkan saya hilang pekerjaan.

“Alang-alang sudah terbabit dalam dunia busking, saya teruskan saja minat itu. Selain melakukan perkara yang memang saya minat iaitu menyanyi, dapat juga saya mencari rezeki halal untuk keluarga,” katanya dalam satu pertemuan bersama HIP, baru-baru ini.

Pernah meniti dunia penuh glamor, apatah lagi sempat beraksi di pentas kemuncak Anugerah

Juara Lagu 1993 mempertand­ingkan lagu, Kau Ratnaku hasil ciptaan Datuk M Nasir, Roy atau nama lengkapnya, Mohammed Rauzan Alwi mengakui, pada awalnya, dia agak kekok dan segan membuat persembaha­n seperti itu.

“Saya akui memang janggal, malah malu pun ada. Namun, lama-kelamaan perasaan malu itu hilang dan berganti keseronoka­n.

“Gelagat penonton pula pelbagai. Tidak semua mereka yang kenal, tetapi jika yang perasan wajah saya, mereka akan menegur dan bertanya macam-macam.

“Kalau tidak, saya akan buat biasa saja. Pihak pengurusan pusat beli belah ini juga tidak tahu saya ialah artis. Melihat penonton berpuas hati dengan persembaha­n diberikan, saya jadi seronok.

“Ia sekali gus menghilang­kan rasa kekok dan segan,” katanya yang menghabisk­an masa selama lima atau enam jam untuk setiap sesi busking di situ.

Keluarga restu minat

Ditanya mengenai reaksi keluarga terhadap ‘kerjaya’ baharunya itu, penyanyi berusia 55 tahun itu bersyukur, isteri dan anak merestui keputusann­ya untuk menjadi penyanyi jalanan.

“Pernah saya cuba menguji anak dengan mengatakan, saya pergi ‘minta sedekah’ dengan cara menyanyi di jalanan. Mereka marah apabila saya bercakap seperti itu, sambil memberitah­u penyanyi jalanan bukan peminta sedekah.

“Bagi mereka, penyanyi jalanan juga sama seperti penyanyi profesiona­l yang keluar bekerja dengan membuat persembaha­n untuk mencari rezeki.

“Isteri juga tidak membantah, malah gembira kerana tidak sangka, ia dapat menjadi sumber pendapatan. Mungkin pendapatan saya tidak mewah, namun cukup untuk menampung keluarga dan memberikan mereka kehidupan selesa,” katanya yang sudah hampir setahun membuat persembaha­n di situ.

Pekakkan telinga disindir

Roy mengakui, dia juga tidak dapat lari daripada persepsi negatif peminat, terutama apabila mengetahui dia pernah dikenali sebagai penyanyi popular.

Namun, semua itu dihadapiny­a dengan tenang, tanpa perlu melenting.

“Hidup ini umpama putaran roda dan saya perlu terima kenyataan itu. Apa yang penting, saya membuat kerja halal dan ikhlas.

“Saya bukan penyanyi popular kerana sepanjang kerjaya, saya cuma ada dua lagu hits. Jika ada penyanyi lain yang mahu ikut jejak langkah saya, tidak perlu malu.

“Kita tidak tahu rezeki pada masa akan datang. Ambil kesempatan buat busking sementara mencari peluang lain. Saya turut sediakan kad nama untuk diberikan kepada mana-mana pihak yang berminat mengundang saya membuat persembaha­n pada acara yang mereka anjurkan.

“Apabila mereka melihat kita mampu menyanyi secara langsung dengan baik, ia membuka peluang untuk mendapat lebih banyak tawaran, berbanding ketika berurusan menerusi ejen,” katanya yang sentiasa positif.

Tak rindu dunia glamor

Melihat sendiri Roy mendendang­kan beberapa lagu pada petang itu, ternyata dia begitu gembira dengan apa yang dilakukann­ya.

Bagi bapa kepada tiga anak iaitu Mohammad Ridhwan, 29, Mohammad Rashiddin, 23, dan Siti Aisyah, 21, pada usianya sekarang, tidak terlintas langsung untuk kembali ke dunia seni.

“Secara jujur, saya tidak lagi rindu untuk kembali menjadi artis. Saya bahagia dengan kehidupan sekarang yang tidak terlalu sibuk.

“Kalau jadi artis, saya kena sentiasa kelihatan bergaya. Saya pula memang tidak larat untuk sentiasa bersiap kemas. Lagipun, usia sudah tua,” katanya tertawa.

Pernah saya cuba menguji anak dengan mengatakan, saya pergi ‘minta sedekah’ dengan cara menyanyi di jalanan. Mereka marah apabila saya bercakap seperti itu, sambil memberitah­u penyanyi jalanan bukan peminta sedekah”

 ??  ??
 ?? [ FOTO HALIMATON SAADIAH SULAIMAN/BH ] ??
[ FOTO HALIMATON SAADIAH SULAIMAN/BH ]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia