Berita Harian

Budayakan gaya hidup aktif di rumah, pejabat

-

Kuala Lumpur: Program kecergasan disediakan majikan untuk warga kerja dianggap langkah terbaik bagi membudayak­an aktiviti fizikal dan amalan gaya hidup aktif dalam kalangan kakitangan­nya.

Kemudahan dan inisiatif disediakan seperti pusat gimnasium, khidmat jurulatih kecergasan untuk aktiviti kumpulan dan program menurunkan berat badan dapat menggalakk­an pekerja menyusun jadual lebih mudah mengikut kesesuaian waktu.

Kakitangan swasta, Nur Syazwani Mohd Izani, 34, berkata majikannya menganjurk­an program kecergasan yang menawarkan ganjaran hadiah menarik dapat menggalakk­an kakitangan menyertain­ya.

“Misalnya beberapa program kecergasan dibuat antaranya Jom Fit, larian dan sukan antara jabatan yang menawarkan hadiah supaya lebih menggalakk­an persaingan dan lebih ramai penyertaan bagi aktiviti senaman berkumpula­n.

Sasar turun berat badan

“Inisiatif ini dilihat berkesan hingga semakin ramai kakitangan mula mengunjung­i gimnasium untuk bersenam kerana masingmasi­ng mempunyai sasaran untuk menurunkan berat badan dan mengekalka­n kecergasan,” katanya.

Baginya, program kecergasan perlu dipraktikk­an dalam rutin supaya matlamat untuk kekal cergas tidak dipersiaka­n begitu saja selepas mencapai sasaran berat atau gaya hidup sihat

“Justeru, saya turut menyertai program Jom Kurus (JK) dalam beberapa siri, malah hasil kejayaan menurunkan berat, kali pertama saya diberi kepercayaa­n berganding­an dengan dua rakan lain sebagai ketua pasukan bagi kawasan Pantai Dalam, di ibu kota untuk siri JK, bermula pada 16 Februari hingga 30 Mac ini.

“Saya lebih yakin dan bersemanga­t menjalanka­n aktiviti kecergasan secara berkumpula­n. Kini berat badan saya 43 kilogram (kg), berbanding sebelum ini 69kg,” katanya.

Inisiatif ini dilihat berkesan hingga semakin ramai kakitangan mula mengunjung­i gimnasium untuk bersenam kerana masingmasi­ng mempunyai sasaran untuk menurunkan berat badan dan mengekalka­n kecergasan ” Nur Syazwani Mohd Izani, Kakitangan swasta

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia