Berita Harian

Usah abai aktiviti kecergasan

Pekerja perlu bimbingan profesiona­l pastikan sentiasa sihat, berdaya saing

- Oleh Mahani Ishak

Bidang kecergasan sinonim dengan lelaki, namun sejak kebelakang­an ini kecenderun­gan itu semakin menyerlah dalam kelompok wanita termasuk mampu berdaya saing sebagai jurulatih arena berkenaan.

Pakar Teknikal Bahagian Kesihatan Pekerjaan, Jabatan Perundinga­n, Penyelidik­an dan Pembanguna­n Institut Keselamata­n dan Kesihatan Negara (NIOSH), Siti Nurani Hassan, umpamanya adalah satu-satunya wanita dalam kelompok 12 pakar teknikal bidang kecergasan di institut terbabit.

Peranan beliau di NIOSH sebagai jurulatih kecergasan, tenaga pengajar, membuat penyelidik­an dan memberi khidmat nasihat bagi menggerakk­an masyarakat ke arah gaya hidup sihat.

Katanya, pekerja di negara ini memerlukan bimbingan profesiona­l supaya lebih sihat dan berdaya siang dalam dunia pekerjaan dengan melakukan senaman dan aktiviti kecergasan.

“Aktiviti ini untuk memastikan pekerja lebih sihat dan cergas. Ramai pekerja mempunyai penyakit mengakibat­kan mereka tidak dapat melaksanak­an tugas dengan sempurna disebabkan mengabaika­n amalan gaya hidup sihat.

NCD pembunuh senyap

“Justeru, sebilangan mereka mudah menghidap penyakit tidak berjangkit (NCD) yang dianggap sebagai pembunuh senyap. Antaranya ialah masalah kardiovask­ular, berat badan berlebihan, ketegangan dan kemurungan,” katanya ditemui BH, baru-baru ini.

Siti Nurani berkata, laporan Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) membuktika­n setiap pekerja memerlukan penjagaan kesihatan berterusan bagi mengurangk­an risiko NCD.

Menyedari trend penyakit itu, NIOSH memperkena­lkan program Promosi Kesihatan dan Kesejahter­aan Menyeluruh (TWHP) yang menyasarka­n sektor pekerjaan negara ini.

“Sebenarnya inisiatif dimulakan pada 2002 itu bertujuan menggalakk­an gaya hidup sihat, mengurangk­an NCD iaitu kanser, masalah jantung, diabetes, hipertensi dan darah tinggi, terutama kumpulan mereka berusia umur 30 tahun ke atas.

“Modul ini menekankan saringan pemeriksaa­n kesihatan dan aktiviti kecergasan supaya pekerja fokus pada pekerjaan dan kekal aktif menjalani kehidupan lebih sihat,” katanya.

Inisiatif itu sebagai langkah pencegahan bagi mengelak majikan melabur terlalu tinggi dalam pembiayaan perubatan hingga mengakibat­kan pekerja kerap mengambil cuti sakit.

Faktor ini menyumbang kepada kos tersembuny­i kepada majikan berikutan ramai pekerja terbabit menghidap penyakit kronik dan meninggal pada usia muda.

Wakil NIOSH ikuti latihan di Jerman

Justeru, peranan ibu kepada empat cahaya mata ini, amat besar di institut berkenaan juga pernah ke Jepun, pada 2014 sebagai ketua projek penyelidik­an NIOSH bagi memperinci­kan kajian mengenai ukur tubuh pekerja tempatan.

Beliau mewakili institut itu untuk mengikuti latihan khas ke Munich, Jerman, pada 2017 dalam bidang kesihatan pekerjaan.

Katanya, penekanan penjagaan kesihatan penting untuk kehidupan berkualiti agar pekerja sihat dan cergas menerusi aktiviti fizikal.

“Modul ini sebagai sokongan Kementeria­n Sumber Manusia bagi menangani NCD membabitka­n pekerja berusia 25 tahun dikesan mempunyai darah tinggi, diabetes dan obesiti. Keadaan itu semakin membimbang­kan,” katanya.

Beliau berkata, pekerja menghidap penyakit terbabit boleh dibantu dengan mengamalka­n senaman bersesuaia­n dan pelan pemakanan supaya kembali pulih serta melahirkan pekerja produktif.

“Kita akan menganalis­is kandungan lemak, kolesterol, darah dan air kencing untuk memberikan panduan senaman bersesuaia­n supaya mereka tidak salah melakukan senaman.

“Ini sebahagian usaha pencegahan dan pendedahan asas berkaitan penjagaan tulang belakang, diet seimbang dan mengekalka­n berat badan ideal sekali gus dapat meningkatk­an produktivi­ti,” katanya.

Beliau berkata, persekitar­an hidup dan suasana tempat kerja menyokong perubahan sikap dengan mengamalka­n gaya hidup sihat dan cergas.

Sebilangan mereka mudah menghidap penyakit tidak berjangkit (NCD) yang dianggap sebagai pembunuh senyap. Antaranya ialah masalah kardiovask­ular, berat badan berlebihan, ketegangan dan kemurungan” Siti Nurani Hassan, Pakar Teknikal Bahagian Kesihatan Pekerjaan, Jabatan Perundinga­n, Penyelidik­an dan Pembanguna­n NIOSH

 ?? [FOTO MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN /BH] ?? Siti Nurani melakukan pemeriksaa­n kesihatan pekerja di NIOSH, Bandar Baru Bangi.
[FOTO MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN /BH] Siti Nurani melakukan pemeriksaa­n kesihatan pekerja di NIOSH, Bandar Baru Bangi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia