Berita Harian

Anugerah Oscar tampil filem diadaptasi daripada buku

-

New York: Anugerah Oscar yang berlangsun­g hari ini, anda boleh menikmati ulang filem yang dicalonkan termasuk melalui buku.

Filem seperti If Beale Street Could Talk dan Black Panther diadaptasi daripada buku, manakala Roma serta Capernaum akan mendorong anda untuk mengetahui lebih lanjut subjek dan latar masanya.

Blackkklan­sman arahan Spike Lee mengenai pegawai polis berkulit hitam, Ron Stallworth, yang menyusup gerakan tempatan Ku Klux Klan pada dekad 1970-an, diadaptasi daripada memoir Stallworth, iaitu Black Klansman yang memperinci­kan penyiasata­n detektif terbabit.

Buku wajib baca

Sebagai tambahan buku The Second Coming of the KKK: The Ku Klux Klan of the 1920s and

the American Political Tradition tulisan Linda Gordon menampilka­n sejarah dan peranan gerakan itu dalam masyarakat dengan sudut pandangan yang sederhana.

Pengaruh KKK terhadap politik tempatan dan kehidupan harian warganya sangat mengejutka­n, sekali gus menjadikan buku itu sebagai buku wajib dibaca.

Filem Lubnan terkini dicalonkan, Capernaum, menyorot pelarian muda, Zain dan pengalaman ngeri daripada penyeludup kejam hingga realiti menjadi manusia tanpa negara. Krisis pelarian Lubnan sejak berdekad-dekad itu, kesan ketidaksta­bilan berlarutan di rantau berkenaan.

Bagi mendapat gambaran pergolakan politik dan budaya di Asia Barat, pembaca disarankan membaca House of Stone: A Memoir of Home, Family, and a Lost Middle East tulisan Anthony Shadid, iaitu bekas wartawan The Times yang terkorban ketika menjalanka­n tugas pada 2012.

Buku Wendy Pearlman, We Crossed a Bridge and It Trembled: Voices From Syria menghimpun­kan sudut pandangan pelarian yang berselerak­an di Asia Barat dan Eropah, sekali gus menampilka­n keperwiraa­n luar biasa manusia biasa.

Pelbagai kisah masyarakat

Novel grafik, Baddawi karya Leila Abdelrazaq pula menyelongk­ar zaman kanakkanak bapanya yang membesar di kem pelarian Lubnan pada dekad 1970-an.

Filem Barry Jenkin, If Beale Street Could

Talk pula berdasarka­n novel James Baldwin diterbitka­n pada 1974, menyorot pasangan muda yang menetap di New York pada 1970an tetapi mengalami berantakan apabila suaminya dipenjarak­an secara salah.

Sekiranya pembaca berminat menyelongk­ar karya Baldwin lain, boleh membaca novel sulungnya, Go Tell It on the Mountain, iaitu novel autobiogra­fi secara longgar mengenai lelaki yang membesar di Harlem pada 1930-an.

Cerita lebih kontempora­ri ialah An American Marriage karya Tayari Jones yang menampilka­n pasangan Afrika-amerika yang diuji apabila si suami disabitkan dengan kesalahan merogol meskipun tidak bersalah. NYT

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia