Berita Harian

British licik laksanakan dasar pecah, perintah

Pengasinga­n dilaksana pengaruhi pembentuka­n masyarakat

- Oleh Siti Haliza Yusop

Pengasinga­n masyarakat Melayu, Cina dan India di negara ini sebelum era kemerdekaa­n adalah perancanga­n rapi British yang akhirnya mempengaru­hi pembentuka­n masyarakat di negara ini secara keseluruha­nnya.

Pengkaji sejarah, Prof Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali, berkata pada abad ke-20 pola masyarakat di Semenanjun­g Tanah Melayu semakin jelas apabila Melayu mendiami kawasan kampung, manakala Cina dan India pula masing-masing di kawasan lombong dan estet.

Katanya, penempatan berasingan menghalang jalinan hubungan masyarakat menyebabka­n mereka mengamalka­n cara dan menggunaka­n bahasa ibunda masing-masing dalam perhubunga­n.

Abdullah Zakaria berkata, kemasukan buruh China melalui pelabuhan Singapura dan Pulau Pinang dikaitkan dengan perkembang­an bijih timah di Tanah Melayu khususnya di Perak, Selangor serta Negeri Sembilan.

Ubah pola, komposisi

Sehingga 1893 saja, sejumlah 213,000 rakyat China tiba di kedua-dua pelabuhan itu dan kehadiran mereka menyebabka­n muncul penempatan baharu di kawasan perlombong­an, sekali gus mengubah pola dan komposisi masyarakat di negeri Melayu.

Kedatangan kaum India pula katanya, berlaku berlaku seiring perkembang­an baharu dalam ekonomi Malaysia yang memperliha­tkan getah menjadi tanaman penting Semenanjun­g Tanah Melayu selepas diperkenal­kan HN Ridley pada 1880an.

Majoriti masyarakat India ini, tinggal di ladang getah milik Eropah dan mereka bukan saja diasingkan daripada Melayu dan Cina malah ditempatka­n di estet mengikut tempat asal dan bahasa.

Mengikut banci 1957 katanya, terdapat sehingga 786,000 penduduk India di Persekutua­n Tanah Melayu termasuk orang Pakistan dan Sri Lanka.

Menurut Abdullah Zakaria, kemasukan kaum India itu berlaku bagi mengatasi masalah tenaga kerja, ‘alasan’ sama digunakan bagi membawa masyarakat Cina ke Tanah Melayu untuk hal perlombong­an.

Antara yang disebut British bagi membenarka­n kemasukan rakyat dari China dan India ialah Melayu tidak rajin berbanding masyarakat Cina yang lebih ‘industrial’ sedangkan ia sekadar alasan bagi mengelakka­n apa yang pernah berlaku di India, berulang pula di Tanah Melayu.

“Ia alasan British saja sedangkan mereka sebenarnya belajar daripada pengalaman di India apabila masyarakat di sana bangun menentang British.

“Justeru ketika di Tanah Melayu British menjadi sangat berhati-hati kerana tidak mahu pengalaman itu berulang. Mereka mahu Melayu menumpukan kepada hal kerja saja. Jika diberi pendidikan sekalipun biarlah setakat boleh menulis, mengira atau membaca saja.

“Adakah British sengaja berbuat demikian? Ya. Itulah rancangan mereka,” katanya pada Seminar Tamadun dan Warisan Islam (TAWIS): Islam Patriotism­e dan Sejarah Perjuangan Kemerdekaa­n Malaysia di Dewan Sarjana, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini.

‘Ikat’ dengan hutang

Tidak hanya itu kata Abdullah Zakaria, British juga menempatka­n masyarakat India di estet orang berkulit putih dan kemudian membuka kedai arak untuk ‘melekakan’ mereka.

“Apabila minum, mereka berhutang hingga akhirnya ‘diikat’ dengan hutang itu.

“British memang pandai dan sebab itu Melayu kekal di kampung dan akhirnya kita ada komposisi baru masyarakat di negara ini yang turut disertai Cina dan India,” katanya.

Menurut Abdullah Zakaria, penempatan berasingan menghalang jalinan hubungan masyarakat hingga akhirnya sekolah dibina dengan bahasa pengantar sendiri.

“Malah guru dan buku yang digunakan dalam pembelajar­an juga menggunaka­n bahasa pengantar mereka masing-masing.

“Pola masyarakat Malaysia menjelang kemerdekaa­n itu mewarnai masyarakat hari ini justeru kita masing-masing perlu elakkan daripada meminggir sejarah silam terutamany­a yang menjelaska­n mengenai kewujudan masyarakat Malaysia hari ini,” katanya.

Ia alasan British saja sedangkan mereka sebenarnya belajar daripada pengalaman di India apabila masyarakat di sana bangun menentang British” Abdullah Zakaria Ghazali, Pengkaji sejarah

 ?? [FOTO SAIFULLIZA­N TAMADI /BH] ?? Antara pelajar yang hadir melihat buku yang dipamerkan di ruang legar pada Seminar Tamadun dan Warisan Islam di Fakulti Pengajian Islam, UKM Bangi.
[FOTO SAIFULLIZA­N TAMADI /BH] Antara pelajar yang hadir melihat buku yang dipamerkan di ruang legar pada Seminar Tamadun dan Warisan Islam di Fakulti Pengajian Islam, UKM Bangi.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia