Berita Harian

CCTV bantu sedia persekitar­an selamat diduduki

- Syed Abdullah Syed Osman, Ampangan, Seremban

jenayah dapat diselesaik­an Polis Diraja Malaysia (PDRM) apabila sesuatu kes itu diketahui melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

CCTV dipasang di tempat awam dan kediaman persendiri­an, ruang niaga, rumah ibadat serta pejabat boleh membantu apabila rakamannya dijadikan bukti kes.

Ia juga membantu dari segi mengesan atau mengenal pasti penjenayah.

Tidak keterlalua­n jika pasukan keselamata­n atau pihak berkuasa tempatan (PBT) disaran memperbany­akkan pemasangan CCTV di lokasi tumpuan untuk memudahkan pemantauan.

Kaedah terbaik kurangkan jenayah

Ia dianggap kaedah terbaik mengurangk­an jenayah di tempat awam kerana penjenayah akan berfikir berkali-kali untuk bergiat berikutan bimbang perbuatan mereka dirakam dan dikesan dengan pantas.

Bukan sahaja di kawasan tumpuan ramai, lokasi terpencil seperti sempadan negara juga perlu diberikan perhatian serius untuk dilengkapi peralatan CCTV.

Ini penting untuk membendung sebarang perlakuan jenayah di sempadan termasuk di lokasi yang dikatakan sebagai laluan tikus penjenayah menyeludup pelbagai barangan atau laluan penyeludup­an manusia.

Selain pihak berkuasa, orang ramai juga disyorkan melengkapi kediaman masingmasi­ng dengan CCTV. Sebagai galakan, elok juga kerajaan mempertimb­ang pelepasan cukai untuk pembelian peralatan CCTV, selain memperkena­l produk berkaitan yang mampu dibeli.

Kesimpulan­nya peralatan CCTV memberi banyak manfaatkan kepada keamanan serta ketenteram­an orang awam, terutama dalam menyediaka­n persekitar­an selamat untuk diduduki.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia